Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~• ♥ •raBiatuL aL aDawiYyah• ♥ •~

08 September 2010

~BILA RAMADHAN MENJELANG....KERINDUAN PASTI TERASA...~

Alhamdulillah,syukur kpda Allah kerana usiaku masih dipanjangkn sehingga bertemu Ramadhan yg ke 1431 hijrah ni...wlaupun bnyk halangn & masalah yg perlu dilalui,tp tu smua merupakan ujian dr Allah untk mertarbiah hambaNya ni...yg terlalu bnyk dosa....Ya Allah,ampunkn dosa2 silam ku yg sering alpa & leka...



emm..bila ramadhan je,mesti teringt kenangn ngn sahabat2 lama masa blajar kat KIPSAS dulu...masa tu,kami dah sem akhir..kiranya senior la..(konon2nya..huhu). peraturan kat kolej plk,kami xleh kuar kolej slps jam 7malan..mmg ketat la jgk...tp time tu,kami pakat2 jgk nk pi iftar jamaei (buka puasa ramai2..) kat luar...kat mana lg kalau bukan kat padang MPK...sebelah masjid negeri...tu la tmpt popular untk berbuka puasa kat kuantan....sapa2 yg tak pernah pi,blh la pi yer...huhu. ehh,smbung smla cter td...(^_^)...hmm,bila dah pakat2 nk kuar ramai2 dak2 kuliah kami(gabungn 2 kelas),kami plan la kuar pas solat asar....apa lg,semua exited la..bukan pernah kuar malam2..huhu....semua pakat duk pk cmne nk mntk kbenaran kuar dr kmpus...fikir pnya fikir,lastly kami pakat nk call fellow laki...fellow pmpn pyh ckit nk lepas biasanya...(^_^).
mntk kbnaran ngn ustz laa akhirnya...huhu..
pastu,kami kuar dua group laa...penat duk tggu sorg2 bersiap..(^_^) kami naik teksi ke bndr kuantan...biasala,nama lagi student kan...huhu..sampai sana,trus beli juadah kat bzar ramadhan...siap beli semua,kami cari tempat nk berbuka kat atas padang tu...ramai btl org duk berkumpul nk buka puasa...ada yg dtg sorg2,ada musafir,ada yg dgn family and x kurang jg ada yg berpasangn..huhu...
smntara mnunggu azan berkumandang,kami sempat lg posing bergmbr kenangn..yela,ni semester terakhir kami kat KIPSAS....tu la berani ckt kuar berbuka pose kat luar...(^_^)
kdg2,ada jgk sesekali mata2 memandang kami yg rancak bersembang...dh ramai berkumpul,bnyk la cerita yg keluar...huhu...mcm2 mknan yg dibeli,tp kami berkongsi ramai2 time iftar tu....hbs makan semua,kami ke masjid negeri,jalan kaki je...tempat buka puasa ni mmg strategik laa,sbb bazar,padang n masjid semuanya bersebelahan je...lps solat,kami amik kptsn untk terus pulang....hmm,bila dh ramai2 gni,kami berpakat nk naik bas jela...so,kami jalan kaki ke Benteng,naik bas kat ctu..tambangnya cuma rm1.20 je dari bndar tu ke kmpus kami....
ni la sedikit sebanyk pngalamn manis di bulan ramadhan 2thn yg lalu...kerinduan itu masih terasa setiap kali menjelang ramadhan...


(ni kat msjid negeri..lps solat)

buat semua sahabat ana kat kipsas,ana uhibbuki fillah....(^_~)
~WARKAH BUAT CALON ZAUJAH..~




Assalamua’laikum wbt.

Kehidupan dunia ini hanya sementara bak kata orang inggeris ‘life is short’. Walau bagaimanapun setiap kita sebagai hamba Allah diberi tugas dan amanah untuk dilaksanakan dalam tempoh hayat masing-masing. Ada orang mengadap Allah dalam keadaan dia belum menyempurnakan amanah yang ditugaskan. Ada orang dijemput Allah dalam keadaan dia telah selesai melaksanakan amanah yang diberikan. Aku berdoa supaya aku mengadap Allah dalam keadaan husnul khatimah dan aku telah bersedia untuk mengadap Allah. Kepada calon isteriku warkah ini ku taip untuk sentiasa mengingatkan kita kepada destinasi sebenar arah hidup ini..


Ya ukhti..
Kahwin bukanlah satu matlamat dalam kehidupan kita ini. Sepertimana ku memilih mu sebagai teman pelayaran hidupku juga bukanlah antara matlamat hidupku ini. Namun semua itu adalah merupakan jalan-jalan yang perlu ku pilih untuk menuju ke matlamat dan destinasi kehidupan yang sebenar. Kahwin dalam tuntutan agama adalah untuk menyempurnakan agama dalam hidup kita. Begitulah juga dengan ku. Dan ku memilih dan mencintaimu adalah kerana agama yang ada padamu dan perjuangan Islam yang kamu perjuangkan. Jika kamu tinggalkan satu antara dua itu secara automatik juga hilangnya cintaku padamu.


Ya ukhti..

Bila mana kamu memilihku sebagai calon suamimu. Maka hendaklah kamu sedar dan percaya kamu akan dimadukan dengan perjuangan yang telah diamanahkan kepada kita. Begitu juga dengan diriku hendaklah ku sedar bahawa calon isteriku juga seorang pejuang yang mana terbeban amanah pada dirinya. Aku sayangkan kamu tapi aku lebih sayangkan Islam sebagai agamaku dan agamamu.


Ya ukhti..

Aku sekarang sudah punya pekerjaan tetapi aku tidak tahu sampai bila aku akan terus mampu untuk bekerja dan pekerjaan ini akan terus menjadi milikku bagi menyara keluarga kita nanti. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.

Ya ukhti..
Aku sekarang sudah punya perancangan masa depan untuk hidup bersama mu, namun aku sentiasa ingat dan sedar bahawa Allah juga punya perancangan untuk kita dan aku tidak tahu adakah perancangan ku sama dengan perancangan Allah untuk membahagiakan mu dan memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti dengan sedaya upayaku. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.


Ya ukhti..

Jika wang,dan harta yang kamu inginkan dariku, maka aku bukanlah calon terbaik untuk semua itu. Kerana modalku hanyalah Islam, dan hartaku juga Islam yang ku perjuangkan. Ku memohon maaf jika suatu masa nanti dirimu akan hidup susah kerana berkahwin denganku dan mungkin suatu masa nanti aku juga sudah tiada upaya untuk menangungmu dan membahagiakanmu. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.


Ya ukhti..

Aku sekarang masih lagi punya tenaga dan kekuatan untuk terus berusaha dan bekerja bagi memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti. Tetapi aku tidak tahu selama manakah aku akan terus punya kekuatan dan tenaga ini untuk memberi yang terbaik kepadamu dan kepada anak yang bakal kamu lahirkan nanti (InsyaAllah).

Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku. Amin....InsyaAllah...

(copy dari blog seorg shbt..)





~sahabat selamanya~

Sabda Rasulullah SAW...
"Perumpamaan org mukmin dlm cinta,kasih sayang & keakraban sama seperti
satu tubuh, dimana jika ada salah satu anggota tubuh yg mngeluh, maka seluruh tubuh akan berasa x bisa tidur dan demam.."

"Sahabat yg baik umpama memori yg indah, memori yg indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan memberi semangat.." ~Saidina Osman Affan~




"Ya Allah....
kiranya RasulMu hidup bersahabat,
kurniakan jua aku sahabat,
tapi biarlah sahabat2 dari lorong2 yg membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq....
Biarlah sahabat2 dari pintu2 ilmuMu seperti Saidina Ali....
Ya Allah...
kiranya semua itu tak layak buatku,
Aku bersyukur dipertemukan sahabat yg satu ini..
mungkin padanya ada segala yg x pernah aku selami,
mungkin padanya letaknya apa yg aku impikan selama ini...
Tapi...
jika aku sahabat yg x menghargai...

Kau AMPUNkan DOSA ku....
dan Kau kurniakanlah kegembiraan kepada sahabatku....amin..."




"Ya Allah..
Eratkanlah kami dlm ukhwah yg x terbatas jarak & waktu,
satukan hati kami kerana cintaMu,
kuatkan kami dlm menegakkan syariatMu..
Ya Allah...
kurniakanlah aku & saudaraku kesungguhan dlm berjihad,
keikhlasan beramal,
kejernihan berfikir,
keteguhan menghadapi cubaan,
istiqamah dlm mengharungi jalan yg panjang berliku,
dan kekalkanlah persaudaraan kami dlm redhaMU..."

~ana uhibbuki fillah...~ (^_^)

16 August 2010


"Ssungguhnya d dlm syrga tdpt 1 pntu yg dberi nama ARRAYYAN.Pd hr kiamat nnti stiap org yg bpuasa akn msuk syrga mlalui pntu tsebut.Tidak ada org lain yg dpt msuk ke dlmnya slain mrk.Pd saat itu akn ada suara yg btnya:"D mnakah org2 yg bpuasa?"Mrk pun bgun,lalu msuk ke syrga mlalui pntu yg Allah jnjikan itu.Stlh mrk msuk,pntu itu dtutup kmbali shgga tidak ada sorg pun yg dpt masuk ke dlmnya."

{Bukhari & Muslim}.

06 August 2010

~kisah seorang zauj yg mithali....~




Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaa
n dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya...












.~
~7 Jenis Wajah Mayat di dalam Kubur~




Untuk peringatan bersama ...

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk khinzir. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Note: Kisah ini diperolehi dari kaset ceramah "Wajah Mayat" oleh Ustaz Kazim bin Elias.
~WUDHUK~

salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara berwudhuk yang sempurna.

Insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:

1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala

6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll

7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap

yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam

menghayati Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Dan berapa kalikah dalam satu hari anda ambil wudhuk?....

26 April 2010

IKHTILAT : PERGAULAN ANTARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DALAM PERGERAKAN ISLAM


MUQADDIMAH

Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.

Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.

Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu dan kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah dan batas pergaulan dalam bekerja.

CARA MENJAGA IKHTILAT

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki sekiranya tidak ada keperluan.

Sekiranya seorang wanita mempunyai keperluan, hendaklah dia meminta bantuan dari wanita dan lelaki bagi lelaki. Mintalah pertolongan dari kaum sejenis. Melainkan perkara yang tidak diketahui atau luar kudrat kita contohnya apabila wanita meminta bantuan lelaki dalam soal membaiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh wanita.

2. Berhubung dengan bukan muhrim menggunakan perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya.

Ringkas dan padatkan ayat-ayat atau persoalan yang dikemukan kepada pihak lain. Di dalam nota yang diberikan hendaklah bersih dari ikon senyum yang sememangnya comel. Atau meletakkan ayat-ayat berbentuk humor sepertigelak ketawa (huhu, haha, hihi, hikhik). Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Sekiranya terdesak untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama wanita selari dengan tuntutan Al-Quran:

"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

3. Menundukkan hati.

Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala.Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari panahan syaitan.

4. Menundukan pandangan mata.

Jangan tertipu dengan mata pelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati".

5. Mempercepatkan urusan.

Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tidak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan menyegerakan urusan tersebut.

Dipetik dari :

MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB

PISMP PENGAJIAN AGAMA

23 FEBRUARI 2010


25 April 2010

~baiduri solehah~

Buat akhwat tersayang, perempuan yg suci adlah
perempuan yg dijaga oleh ALLAH..

Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki
mnyentuh dirinya wlaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dgn cnta lelaki,
dimana Allah untuk mnjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kpda manusia yg lbh bnyk mngecewakan kita....

"Jika ALLAH datangkan kesedaran dlm diri
spya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna Allah mahu ambil kita kembali
untuk dijagaNYA...
Mengapa masih ragu-ragu?" ...
"Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.."
Hargailah atas kesempatan yg ALLAH berikan..


"Sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika
rasa berdosa melakukannya.."
-IMAM GHAZALI-







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

~Tanpa diriku sedari.........~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

24 April 2010

~baiduri solehah~






semoga hijab mnjadi pakaianmu... semoga kesucian mnjadi amalanmu... semoga kesopanan mnjadi perhiasanmu... semoga syurga mnjadi tempatmu....

14 February 2010

~mutiara hadis~


Pesan Para Arifbillah: " Mintalah nasihat dari mereka yang wajahnya ada cahaya, kata-katanya menghidupkan hati dan sebaik-baik manusia ialah orang yang bila kamu melihatnya, kamu mengingati Allah SWT" -Syifaa'ul Qulub: Penawar Hati

13 February 2010

daLaM sUjuD tErAkHirKu........


Dalam sujud terakhirku, Ya Allah....
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya,

agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku..

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi....

ku menangis sejadi-jadinya,

Biar kering mata ini,

namun basah ladang hati yg gersang...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman....

ku lihat semua dosa yg membayangiku,

kelam mencengkam jiwa yg lusuh...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim....

biarkan aku patah dalam cahayaMu,

biarkan ku musnahkan titik-titik kemunafikanku,
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu...
Dalam sujud terakhirku..
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi,
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta.....