Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

17 November 2010

Salam AidilAdha (^_^)


bIla iBraHiM waLa' PAda TuHAnNya..:'(
BiLA ismaIl PuNya tHiqaH KEPAda AyaHnYA...:'(
bIla kedUA2x HAmBA ALLAh iNi HusnU ZHoN TERhaDAp penCiPtaNya...:'(
MAka relaLAH mereka ber"kOrBAn" aP SAHAja...:'(

TApI....
MAmPuKAH Kita??
aP PENgOrBAnaN KiTA UnTuK ISLAm terCiNta??
BiaR ImaN BERbICAra~~~

suBhaNAllaH,ALHAmDUlIllaH,ALLAhHuaKhBAr!!!

saLAm EIduL aDha BuaT SEMua ♥♥♥


credit : http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000308702817

14 November 2010

DEDIKASI KHAS BUAT SAHABAT (^__^)




Asma binti Ahariyah Fazari telah berpesan kepada
puterinya pada hari pernikahan si anak:


"Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di
mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke
sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan
berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali.
Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah kepada suamimu
(taat perintahnya)dan dia akan menjadi langit bagimu (pelindung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi
tiangnya.

Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran
kerana itu akan memungkinkan dia meninggalkan engkau.
Jangan engkau terlampau menjauhkannya agar dia tidak
melupakan dirimu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah
dia. Jika dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan
baik.

Peliharalah suamimu itu benar-benar, hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah
kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu
melainkan yg harum.

Jangan pula mendengar melainkan yang enak dan
janganlah dia melihat melainkan yg indah sahaja pd
dirimu."

Meskipun begitu besarnya tanggungjawab isteri
terhadap suami,Rasulullah saw melarang taat dlm hal2
yg menderhakai Allah, misalnya suami menyuruh isteri
mendedahkan aurat atau melayan tetamu lelaki tanpa
ditemani olehnya dan sebagainya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isteri Solehah

Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang membahagiakan) adalah : wanita (isteri) yang saleh, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang soleh dan kenderaan yang baik.

Manakala empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kenderaan (yang sering) rosak dan tempat penginapan yang sempit."

Dan dalam sabda baginda yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."

Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang mempunyai empat ciri-ciri iaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk ditemui.

Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh, dipilih wanita yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang boleh membawa keberkatan kepada seseorang lelaki.

Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh. " Beliau menerangkan lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah yang (kuat) beragama nescaya kamu beruntung."

Menurut Rasulullah SAW, ini menunjukkan bahawa mithaliyyah yang dimaksudkan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang selaras dengan nas-nas syarak.

Memang kesempurnaan peribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi ikutan bagi insan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah buat sahabat ana yg telah mendirikn masjid mengikut syariat Islam..
Alhamdulillah....smga Allah mmberkati ikatan suci ini..amin.
Empat golongan LELAKI yang ditarik
oleh WANITA ke NERAKA...


1) AYAHNYA - apabila seseorg ayah x mempedulikan anak2 pmpnnya smsa di dunia,iaitu x mmberikan sgla keperluan agama sperti mnjaga solat, mengaji & sbgainya. Dia bukan shja membiarkan anak2 pmpnnya x menutup aurat,bahkan memberi kemewahan dunia shja..maka dia akan ditarik oleh ANAK PEREMPUANNYA..

2) SUAMINYA - apabila suami x mempedulikan tindak tanduk isterinya sperti bergaul bebas di pjbt dan memperhiaskan diri bkn untuk suaminya tp untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. apabila suami berdiam diri wlaupun dia seorg yg alim seperti tidak menangguhkan solat & puasa x pernah tinggal,maka dia akan ditarik oleh ISTERINYA...

3) ABANG-ABANGNYA - apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab mnjaga maruah wanita iaitu ibu & adik pmpn jatuh kpda abg-abgnya. jikalau mrka hnya mementingkan kluarganya shja & adik pmpnnya dibiar melencong drpda agama islam, maka tunggulah tarikan ADIKNYA di akhirat kelak.

4) ANAK LELAKINYA - Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya perihal kelakuan yg haram menurut islam, bila ibu mmbuat kmungkaran mengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal & dipertanggungjawabkan di akhirat kelak & nntikan tarikan IBUNYA..

maksud firman Allah swt: "Hai anak Adam,peliharalah dirimu & ahlimu drpda api neraka di mana bahan pmbakarnya ialah manusia,jin & batu2.."

12 November 2010

***BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM***


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!


sumber: http://genta-rasa.com/2009/07/27/bunga-yang-cantik-jarang-harum/

10 November 2010

KAHWIN PERDANA : RM 100,000, PROGRAM CEPAT KAHWIN,KELANTAN




KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga. ”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.


Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Kesihatan
di talian 09 7476568
atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November ini





credit : http://farzaluzizaron.blogspot.com/2010/11/kahwin-perdana-rm100000-program-cepat.html
~Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih~
(Ya Allah,jauhknlh diri ini dari segala sifat riya' dan takabbur
sepanjang diri ini berbicara di sini)



Alhamdulillah,masih dipnjangkn umur pada pagi Rabu ni...jam mnunjukkan kul 7.54pagi...hmm,update blog dulu pagi ni...dah 4hari x buka blog...nak kata bz tu,xjgk...dah dua mggu xde kelas,stdy week...huhu. arini 1st day bermulanya final exam bg shbt2 ana kat kmpus ni. shbt2 satu kelas ngn ana plk start exam ari jumaat ni..ana sorg je yg x amik paper tu..sbb dah amik dulu...1st paper ana 2mggu lg...lps raya. exam lum start agi,tp dah mcm2 plan ana fikirkan..(^__^) lps hbs final nnti,nak pi sana la,sini la...join prgrm tu la,prgrm ni la...mcm2...aduhai,sabar2....stdy dlu...hehe.

Allah lebih mngetahui : perancangan awal nak pi daki gunung ngn kak sarah kat rembau,negeri sembilan 15 n 16hb ni,tp tarikh tu ditunda ke 27hb....nampknya mmg xde rezeki la nak join...(tgh final exam tu..kak sarah plk konvo..huhu). insyaAllah,mgkn nnti ada prgrm yg lebih besar lg.... p/s:kak sarah,nnti jgn lupa ajak sy lg untk prgrm Nisa' ye...(^_^)

perancangn kedua: ni plan ngn adik tersyg plk....kak cik @ najah..(^__^) xde nama lg bg prgrm ni..tgh duk pk...hehe. plannya bermula tamatnya final exam ni...kami sama2 cuti...pusing2 tganu --> pahang --> selangor --> kedah....nnti dah smpai slngor,jmpa kak ngah @ kak sarah plk..(bila la blh jmpa kak long yer?)..tp semua ni masih dlm perbincngn...insyaAllah klu kwngn mngizinkan....nak jln2 tgk keindahan alam ciptaanNya ni sambil2 rapatkn ukhwah..yg dah rapat tu,kita erat2kn lagi...baru la nikmatnya berukhwah fillah...

ni bukan bermksud kami naik motosikal pi jelajah ukhwah...hehe...
sekadar hiasan semata2 ni...(^_^)

05 November 2010

Semusim : Permainan dan Perjuangan....



Masih teringat zaman kecil2 dulu…

Bila musim main guli, semua ramai-ramai pakat main guli…aku akan pulun ajak ayah pergi ke kedai untuk membeli guli untuk dipertaruhkan di medan bulat atas tanah..sasaran ku tuju, guli-gulian ku perolehi…setelah beberapa bulan, musim guli pun tamat…guli-guli yang beraneka warna tu aku letak bersepah2…akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim guli akan tiba lagi dan aku akan kembali mencari guli-guli ku untuk dipertaruhkan….

Masih teringat zaman kecil2 dulu…

Bila musim terjun sungai, semua pakat ramai-ramai terjun sungai…aku akan pulun mencari seluar pendek dan mengajak abang-abang dan kawan-kawan ku ke sungai…mak kata bahaya tapi aku pergi juga..zaman kanak-kanak, cabaran pasti ku suka…terjun sungai pelbagai gaya, bila dah besar nak berenang pun masih tak kena gaya, terkuak2 dalam air mengapung haramnya tidak…setelah beberapa bulan musim terjun sungai pun tamat, seluar pendek ku campak entah kemana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan seluar itu akan ku cari untuk bermandi ria di sungai lagi

Masih teringat zaman kecil2 dulu…

Bila musim laying-layang, semua pakat main laying-layang…aku akan pulun ajak ayah pergi beli layang-layang doraemon kesukaan ku berharga 50sen …bila pulang, benang ku simpul sebagai layar, tali ku lempar sebagai pelayang…layang-layang terbang tinggi, aku pun gembira sakan…jika layang-layang tersangkut dipokok, selipar kulempar, mujur selipar juga tak tersekat. Hampa kupulang kerumah, menyuruh abang membuat laying-layang dari surat khabar…setelah siap ku terbangkannya ke langit…setelah beberapa bulan, musin daun-daun getah dan angin pun tamat menandakan musim laying-layang pun tamat…benang kulempar jauh, laying-layang kubiar sangkut dipokok..akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku ker ana dia tahu, pada tahun depan musim itu akan kunjung lagi dan aku pasti tercari-cari sang benang

Masih teringat zaman kecil2 dulu…

Bila musim main khemah-khemah di kebun getah belakang taman, semua pakat berkhemah di dalam kebun getah…akan ku ajak ayah membeli khemah dan mainan untuk dibawa kekebun getah belakang rumah..bersama teman, kami bina khemah dan malam tidur dirumah juga…bila lapar kami pulang kerumah bawa bekal makan di khemah…di khemah kami main kereta mainan, main biji getah, dan dengan nakalnya kencing dalam bekas menadah getah penoreh getah sehingga di kejar satu taman dengan lastik getah..namun bila musim main khemah surut, khemahku entah jauh dipelosok mana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim khemah akan tiba lagi dan aku pasti berkepinginkan sebuah khemah…

Masih segar ingatanku 3 bulan lalu…
Saat Palestine dibedil Israel, Demonstrasi memenuhi jalanan, amarah memuncak kelangit, doa’ berutus tak putus-putus Sidratul Muntaha, Tabung bergolek-golek mencari derma…aku suka, aku gembira melihat suasana kaum muslim..Ku lancarkan program mencari derma, ku layarkan kertas-kertas bernota sengsara, Ku bidas musuh-musuh bertulang dusta…aku syukur, aku redha, aku gembira…

Masih segar ingatanku lewat tengah hari lalu…

Hujan gerimis menyejuk jiwa, menanti rakan seperjuangan yang tak kunjung tiba…aku menghitung detik untuk sama-sama melaungkan kata-kata penuh makna..membebaskan Palestine dari musuh durjana..tapi ku hampa, kerana penantian satu sia-sia, rakan-rakanku entah kemana..yang datang hanya sekerat cuma..kini, tiadalah lagi laungan gegak gempita, yang berjalan cuma sepi tak bernada…lagak seperti demonstarsi aman katanya…menuju ke Tesco tanpa bermaya kerana tiada teman disisi untuk bersama-sama…

Musim Palestine makin menghampiri waktunya..namun, aku bukan lagi kanak-kanak hidup bersulam gembira..aku dewasa beramanahkan Islam Yang Mulia..Islam dan Palestine bukan hanya pada musimnya, tapi perlu dilarut dalam sukma..mak tiada disini untuk mengutip sisa-sisa, tapi aku sendiri harus menyusuri jalan-NYA…aku tidak boleh mengikut musim guli, layang-layang, terjun sungai dan khemah…perjuangan ISLAM tiada surut musimnya seperti permainan kanak-kanak..sentiasa membara, sentiasa bergelora..

Namun kini aku redha, kulihat tabung derma disisi mejaku, kosong nilainya..mak tiada disini untuk menyimpannya buatku jika musim Palestine tiba lagi tahun hadapan, aku sendiri harus menggunakannya setiap masa supaya ku tidak lagi lupa…rakan-rakan, perjuangan itu tidak bermusim seperti permainan kita kecil-kecil…
http://u-jam.blogspot.com/2010/11/semusim-permainan-dan-perjuangan.html
Wadah Wanita Islam : Surah an-Nur perjelas hidup bermasyarakat




SURAH an-Nuur yang bererti cahaya, mengandungi 64 ayat, diturunkan di Madinah beberapa tahun selepas hijrah. Dalam surah ini terkandung ayat dan petunjuk Allah bagi manusia yang berhubung dengan hidup bermasyarakat, mahu pun berumah tangga. Semuanya, adalah cahaya yang menyinari kehidupan manusia dalam menempuh jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah memulakan surah ini dengan satu penegasan agak unik dan berbeza dengan surah lain. Firman-Nya bermaksud: “(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami fardukan (menjalankan hukum yang ada dalam)nya, dan Kami turunkan dalamnya ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.” (Surah an-Nur, ayat 1)

Secara jelas dan tegas apa yang terkandung dalam surah ini diturunkan oleh Allah dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang beriman kepadaNya dan ayatNya, supaya menerima dan melaksanakannya tanpa ragu-ragu atau berdolak dalik.

Penegasan seperti ini sangat penting. Ia adalah asas kukuh dalam hati setiap Muslim agar bersedia mendengar, menerima dan seterusnya melaksanakan apa saja yang tuntut oleh-Nya. Meragui dan mempersoalkan hukum atau peraturan Allah tidak wujud sama sekali dalam hati orang beriman. Ini sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jawapan orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) antara mereka ialah ucapan: “Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah an-Nuur, ayat 51)

Masyarakat adalah himpunan manusia daripada lelaki dan wanita. Mereka bukan saja saling memerlukan, malah difitrahkan mempunyai keinginan yang kuat terhadap satu sama lain. Bagi memenuhi keinginan semula jadi ini, Allah mensyariatkan perkahwinan dan menggesa pihak berkuasa dalam sesebuah masyarakat atau keluarga memberikan perhatian sewajarnya terhadap anggota yang belum berkahwin.

Firman Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang yang sendirian antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur, ayat 32)

Perkahwinan adalah satu-satunya jalan paling selamat dan terhormat bagi memenuhi keinginan semula jadi manusia. Keinginan seksual adalah wasilah atau jalan yang menghubungkan antara satu generasi dengan generasi sebelum dan selepasnya. Lantaran, ia tidak boleh dipadam atau diketepikan. Keinginan itu tidak boleh pula dibiar lepas bebas tanpa batasan. Ini kerana keadaan sedemikian bukan saja akan menjatuhkan martabat insan, malah boleh menghancurkan institusi keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Ayat di atas ditujukan kepada ketua keluarga serta pihak yang berkuasa dalam sesebuah masyarakat. Mereka tidak sepatutnya mengabaikan anggota yang belum mempunyai pasangan hidup yang sah. Kemiskinan bukan suatu alasan untuk melambat-lambatkan urusan perkahwinan. Jalan mesti dicari. Penyelesaian mesti diusahakan. Allah sendiri memberi jaminan akan memudahkan rezeki orang yang ingin berkahwin (Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya).

Hubungan antara lelaki dengan perempuan yang lain daripada ikatan perkahwinan dibataskan dengan adab serta panduan tertentu. Ini supaya keutuhan keluarga yang dibina terpelihara, terselamat daripada fitnah dan noda serta terhindar daripada jerangkap syaitan durjana.

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31)

Lelaki dan wanita tidak dihalang daripada membabitkan diri dalam masyarakat. Ini kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang bertanggungjawab membangun, memaju dan memeliharanya daripada perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraannya. Apa yang wajib dilakukan ialah memelihara tiga perkara iaitu menjaga mata, kemaluan dan aurat.

Hari ini, kesedaran memakai tudung di kalangan Muslimah laksana gelombang besar yang tidak mampu dibendung oleh sesiapa lagi. Memakai tudung saja tidak memadai. Mata hendaklah sentiasa dijaga kerana ia adalah penggoda yang amat berbisa. Apabila mata bertentang mata, hati mula berkata-kata, nafsu pun ikut bergelora, lantas iman terluntur dan iblis segera menjalankan peranan.

Tidak cukup juga dengan kaum wanita saja yang bertudung litup, menutup aurat dan menjaga maruah. Kaum lelaki juga seharusnya melakukan perkara sama. Kaum lelaki wajib juga mematuhi adab menundukkan pandangan dan kewajipan memelihara tiga perkara tadi. Ayat itu tidak hanya ditujukan kepada wanita, bahkan menjadi tanggungjawab lelaki dan wanita.

Kadang-kadang terdengar suara mengatakan menutup aurat juga tidak selamat. Mungkin ada benarnya luahan itu. Ini kerana menutup aurat mesti dilaksanakan secara bersepadu dengan memelihara pandangan serta aturan lain yang terkandung dalam surah ini. Ia tidak boleh diambil secara terpisah.

Perkara lain yang wajib dijauhi ialah memfitnah dan menyebarkan keburukan serta kemungkaran. Firman Allah bermaksdu: “Dan orang yang menuduh wanita yang baik-baik (melakukan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik.” (Surah an-Nur, ayat 4)

Tidak dapat dinafikan bahawa fitnah atau tuduhan tanpa bukti meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri seseorang sama ada dari aspek kejiwaan atau kemasyarakatan. Kesan itu bukan saja dirasai oleh orang yang dituduh, malah seluruh anggota keluarganya. Lantaran, Islam melarang perbuatan menuduh tanpa saksi hingga hukuman yang dikenakan ke atasnya hampir sama berat dengan hukuman ke atas orang yang melakukan zina.

Penyebaran perbuatan keji juga laluan yang memudahkan anggota masyarakat terjebak dalam kemaksiatan. Ini kerana sesuatu kemungkaran itu, apabila disebarkan akan cepat merebak dan mendorong anggota lain meniru perbuatan sama. Lantaran, tidak wajar disebarkan secara meluas hanya sekadar untuk dijadikan bahan berita tanpa diiringi usaha bersungguh-sungguh untuk membendungnya.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka agar (berita) perbuatan keji itu tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nuur, ayat 19)

Kesungguhan Islam memerangi kemungkaran, khususnya zina yang menjadi punca runtuhnya institusi keluarga, tercemarnya zuriat dan menimbulkan keresahan masyarakat, dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang beriman.” (Surah an-Nur, ayat 2)

Sumbangan tinta khas untuk u-jam dari : Prof Madya Maznah Daud, Pensyarah UiTM

http://u-jam.blogspot.com/2010/11/wadah-wanita-islam-surah-nur-perjelas.html

01 November 2010

Man Jadda Wa Jadda Wa Man Zaro Hasoda...(^_^)



Alhamdulillah,syukur kpda Allah atas kurniaan nikmat hidup ni....masih boleh bernafas menghirup udara yg segar...smga diri ini sentiasa berada dlm nikmat iman dan islam..amin..

dah lama rasanya x update blog ni...mgkin dah berhabuk..mgkin juga dah mula tumbuh kulat2...or mgkin jg dah mula menampakkan karat2nya....(T__T)

xde apa yg nak ditulis pagi2 ni...idea bnyk,tp masa tu kadang mncemburui ana untk menaip kata2 kat blog ni....masa tu ada,tp mgkn sbb kelalaian diri sndiri mnyebabkan diri ni rasa x cukup masa...AstaghfirullahaAzim...


mnggu ni bermulanya "study week" selama smggu....wlaupun mggu depan dah bermula final exam,tp 1st paper ana lambat lagi...26 hari lagi...tp insyaAllah xkan dibiarkn hari2 itu berlalu tnpa dipenuhi dengan study...ramai yg tnya,tak balik ke stdy week ni?? yela,stdy week xde kuliah dah,time ni la nak balik umah kan...tp bg ana,ni bukan masanya...nak seronok2 nnti lepas hbs final exam...barulah best kan. kalau duk umah,rasanya (bukan rasa dah,tp cnfirm..huhu) x stdy...nak kata tgk TV, x jgk...xde mood nk tgk TV...dah lama sgt x tgk tv..xde yg menarik kat Tv...semua mnyakitkn mata..kalau ada yg ok pun,sikit je..5% je kut rancangn2 islamic....


petang ni nak kuar beli tiket untk balik raya...cuti raya smggu,tp x tahu lagi bila nak balik...rasa malas nak wat balik laptop...huhu. shbt2 kat ipt sebelah ni,lg best...3mggu stdy week...2mggu final exam....lamaaa btl stdy week....harap2 dpt skor la yer...(^_^)

insyaAllah,lepas ni ana akan post artikel agama cmpur2 dgn tulisan2 santai gini....sbb x semua org suka baca artikel pnjang2 kan...kita nak tarik minat org lain untk membaca,kena pndai laa tarik semua jenis / peringkat pembaca....x semua yg baca blog ni terdiri dari remaja atas 20..ada jgk pelajar skolah mnengah,ada dari kalangan dewasa dan lain2 lagi laa...

apapun, selamat menduduki imtihan buat semua....harap semua mendoakn kejayaan ana dlm peperiksaan akhir untk sem ni....



~"Apakah manusia mnyangkakan bhwa mereka akan dibiarkan hnya dgn mnyatakan "kami telah beriman" dan dia x diuji?" (29:2)

~Dan brgsiapa berjihad,maka sesungguhnya jihadnya itu untk dirinya sndiri. Sungguh Allah Mahakaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam..(29:6)

ni adalah salah satu jihad kecil kita....so,hadapilah
dengan sebaik yg mgkin...



"YA ALLAH..Jadikanlah kami drpda kalangan org2 yg berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan di dunia & akhirat..Amin

~~Yakinlah bahawa kita adalah mujahid/ah fi sabilillah~~

Man JAdda Wa Jadda Wa Man Zaro Hasoda (^_^)

14 October 2010

..TERTUTUP ITU LEBIH INDAH...

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".......( Al-Ahzaab 33:59 )
PANDANGAN FATIMAH SYARHA

Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.
Corat-coret kisah tudung labuh...
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh.
Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri. Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.


Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot.
Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit


Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.


Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.


Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.


Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.


“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.


Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah. Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
WALLAHUA'LAM..
sumber:
1) http://www.facebook.com/topic.php?uid=308559027407&topic=16745
2) http://www.facebook.com/profile.php?id=100000293722985#!/note.php?note_id=495379991040&id=1662714463

09 October 2010

HAdiAh HaNtArAn Al-QuRaN (^_^)




“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150281061550543&id=100000076433823