Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

Showing posts with label kuLLu nAfSiN ZaiQatuL MAuT~. Show all posts
Showing posts with label kuLLu nAfSiN ZaiQatuL MAuT~. Show all posts

16 October 2011

Khitbah ............


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama. Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. Helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama, sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Insyirah, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

————————————–

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”

“Ya Allah, tenangnya…”

“Moga Allah memberkatinya….”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

-------------------------------------------------------

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua’lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Artikel asal: http://niqobgirl.blogspot.com/

22 July 2011


~PERGINYA INSAN YANG KU SAYANGI~

arwah mak su bersama ibu dan ayahnya...3 drpa 4 org anak2nya

Feb 2011~ Mak su ditahan di wad Specialist Hospital kat kuantan kerana penyakit yg dialaminya...namun doktor tidak dapat mengesan penyakit yang dialami mak su. Akhirnya doktor terpaksa mengambil air tulang belakang sebagai jalan terakhir untuk mengesan penyakit mak su.

2 Mac 2011~ Mak su dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan atas permintaan ayah saya (abang sulung mak su). Sepanjang mak su di sana,anak-anaknya dijaga oleh suaminya di Terengganu memandangkan mereka masih bersekolah...anak sulung mak su belajar di MRSM Gerik (14 thn) manakala anak kedua berada di tingkatan satu. anak ketiganya pula masih bersekolah rendah (darjah 4) dan yang bongsu baru darjah satu. Alhamdulillah saya sempat menjaga mak su selama 2hari di hospital pada hujung minggu.

arwah mak su ketika mendaftarkan anak sulungnya di MRSM

hujung Mac 2011~ Mak su memohon daripada doktor untuk pulang ke rumah,namun tidak dibenarkan memandangkan kesihatan Mak Su tidak mengizinkannya. Setelah merayu buat kali ke berapa agaknya(tak tahu la), akhirnya doktor membenarkan dia kembali ke rumah di terengganu...tetapi mak su mesti ke HTAA setiap minggu untuk ujian darah kerana penyakitnya masih belum dapat dikesan.

sebakul ubat2 yang arwah kena makan

5.00 pm~29 April 2011~ terima panggilan daripada emak yang menyatakan mak su terpaksa dikejarkan ke HTAA dengan segera kerana keadaannya yang kritikal..time ni mak dah minta saya stand by takut ada apa2. saya baru selesai 5paper untuk final exam dan alhamdulillah saya hanya tinggal 2paper lagi untuk hari isnin dan selasa nanti (2 dan 3 mei). Mak,ayah dan atuk (kebetulan atuk ada kat umah saya) baru bertolak untuk melihat mak su. **mak su dihantar ke klinik swasta di Paka untuk dirawat atas permintaan mak su kerana tak larat. namun doktor meminta ayah su segera membawa mak su ke hospital kuantan kerana keadaan mak su yang kritikal. tanpa berlengah lagi,ayah su terus memecut keretanya ke hospital kemaman untuk di bawa oleh ambulans ke kuantan. hanya anak perempuan mak su (yang darjah 4) je yang ada bersama ketika itu. sampai je kat hospital kemaman,doktor terus tahan mak su dan dimasukkan ke ICU. mak su x dibenarkan dibawa ke HTAA kerana keadaanya yang dah lemah.

6.00 pm~ semua adik beradik mak su bertolak ke hospital kemaman. mak su sudah mula tidak sedarkan diri..hanya air mata yang mengalir di pipinya..tak tahu la samada air mata kesakitan atau kesedihan kerana tak dapat melihat anak2nya disisi.

7.00 - 11.59 pm~ peratusan pernafasan mak su makin berkurang dari 95% ke 5%....anak sulung mak su bertolak dari mrsm atas bantuan gurunya dan ihsan driver bas memandangkan tiket dah habis.

12.05 am - 30 April 2011~ akhirnya mak su kembali menyambut seruan Ilahi dihadapan ibu, kakak dan abang2nya setelah umurnya genap 40tahun pada 30 april. sedikit terkilan kerana semua ahli keluarga saya tak sempat berjumpa arwah mak su buat kali terakhir...masa ni keluarga saya masih on the way ke hospital dari pahang,saya pula masih di kampus manakala adik pmpn saya masih berada di Syria (dia lagi la sedih sebab dah lama x jumpa mak su..last jumpa akhir tahun lepas). kami sempat sms ke adik menyatakan pemergian mak su. mak meminta saya bersiap untuk pulang ke kampung pagi tu terus. saya amik kesempatan yang ada ni dengan study bersama kawan2 sementara menunggu bapa saudara saya datang.

lebih kurang jam 3.30 pagi~ ayah Teh dan dua orang sepupu saya datang menjemput saya di asrama kampus...kami ke stesen bas Kuala terengganu menunggu anak sulung mak su yang dijangka tiba pada jam 4.3o pagi. Setelah zikri (anak sulung mak su) sampai,kami terus bertolak ke kampung yang mengambil masa kira2 1jam setengah dari KT. masa ni,zikri memang tak tahu yang mak dia dah tiada...(T_T)
kami singgah di masjid untuk solat subuh sebelum menyambung perjalanan....ayah teh mula memberitahu hal sebenar kepada zikri...

kami sampai ke kampung (umah mak su) kira2 jam 6.30 pagi....sayunya hati melihat sekujur tubuh terbaring kaku dibaluti kain putih di ruang tamu rumah mak su. saya mula mencari kelibat anak2 mak su...rupanya mereka berada dalam salah satu bilik bersama ayah su...ayah su sedang menenangkan anak perempuan (anak tunggal perempuan) mak su kerada dia yang paling rapat dengan ibunya...

7.00 am - 12.30 pm~ menguruskan jenazah arwah mak su.....sedih melihat anak2 mak su yang masih kecil....






KENANGAN BERSAMA MU........

saya seringkali teringat kenangan2 bersama mak su kerana dia merupakan satu2nya emak saudara yang paling rapat dengan saya,adik perempuan saya dan juga sepupu2 saya yang lain. kalau saya pulang ke kampung(umah nenek), saya wajib ke rumah mak su yang terletak di belakang rumah nenek. biasanya kalau saya sampai ke kampung pada waktu petang, saya dan adik akan ke umah mak su malam tu terus....banyak jasa mak su kepada saya sebelum ni...mak su selalu mengambil saya kat sekolah (time saya menjadi guru kat SMK Paka 2009) kalau saya ada meeting. yang paling saya bersyukur sangat sebab saya baru dapat tunaikan janji saya kat mak su sebelum dia kembali ke rahmatullah...
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk saya tunaikan janji tu.

Dec 2010~ saya pulang ke umah nenek sekejap bersama seorang adik yang saya kenal kat fb (najah). kami sempat memasak dan makan tengahari di sana. kebetulan mak su tahu saya ada kat umah nenek,dia terus call saya...dia tnya tak nak jumpa dia ke...masa ni mak su dah mula demam2...jadi,saya pergi juga umah mak su walaupun sekejap kerana mengejar masa.huhu.

biasanya waktu pagi,saya akan ke umah mak su untuk menolong dia memasak kuih-muih untuk dijual. kami banyak berkongsi cerita....mak su memang peramah. kalau waktu petang,kami bersembang kat bawah pokok depan umah mak su sambil makan buah mempelam (buah pauh) sambil cicah kicap....memang kegemaran kami la tu...

sampai sekarang kami macam tak percaya arwah mak su dah takde...namun hati kena terima setiap ketentuan Allah....kullu nafsin za'iqatul maut....setiap yang bernyawa,pasti akan mati (menemuiNYA).....

insyaAllah,selepas habis belajar ni,saya akan cuba mendidik anak mak su supaya menjadi anak yang soleh dah solehah....insyaAllah...

Semoga dirimu bahagia di sana.....Halimah Saadiah...(T_T)

*Mak su merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik...beliau meninggalkan 4 orang anak yang berumur antara 14 tahun hingga 7tahun dan kini dijaga oleh suaminya.

Snap sepanjang tahlil arwah~


bandung ais yang mendapat sambutan...hehe

26 May 2011

~TRAGEDI 1 SYAWAL 1431~
(10 SEPTEMBER 2010)


innalillahiwainnailahirajiun...(2.50 pagi..1 syawal..)

kejadian ni berlaku btl2 depan kenderaan kami smsa kami dlm perjlanan pulang ke kmpung halaman melalui highway...pada awalnya bas tu berada di belakang kenderaan kami, namun kemudian bas tadi melintas kenderaan kami..selang 1 minit,kami terkejut melihat bas td berhenti secara tiba2 di tgh jalan... mula2 ingtkn bas terbabas....namun apabila kami melintasi bas,rupanya ada sebuah kereta dah berada dibawah bas (bahagian depan)....alhamdulillah ketika itu kami sempat brek n ada jarak dgn bas....wlpun dlm hujan yg lebat,kami berhentikan kereta n trus turun untk selamatkn mgsa kerana kami yang pertama berada di tempat kejadian..namun,Allah lbh mnyayangi mgsa,semua meninggal dunia di tempat kejadian serta merta...(T_T)..kami trus menelefon bomba..beberapa puluh minit kemudian,tiba2 terdengar dentuman dr arah belakang bas,rupanya ada sebuah kereta pula melanggar blkg bas ni...huhu..alhmdulillah,semua selamat,cma driver dia tersepit sedikit sbb driver tgh pregnant...smga kejadian ni memberi keinsafan kpda kami mngenai kematian yg tiba tanpa diundang...

“Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMU,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMU,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
SesungguhNYA Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.”

“Ya ALLAH akhirkanlah riwayat kami dalam husnul khatimah (kematian yang baik)
Dan JANGANLAH engkau akhirkan riwayat kami dalam Su’ul khatimah (kematian yang buruk)”

kami berada selama 2jam ditempat kejadian sebelum meneruskan perjalanan....keadaan kat sana masih hujan....akhirnya,kami selamat sampai di kampung halaman pada jam 7 pagi,1 syawal......

keadaan kereta dan bas


semua sedang meninjau mencari kut2 ada anak mangsa dalam kenderaan tu...

ni kenderaan yang dipandu oleh wanita yg "pregnant"...melanggar bahagian belakang bas (beliau ingatkan bas sedang bergerak)

pukul 4 pagi~ bomba tiba ditempat kejadian...huhu

*kejadian berlaku kat highway kuantan - terengganu

17 May 2011

~RINDUNYA PADA MEREKA YANG KU KASIHI
KERANA ALLAH~


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW….

Hari ni terasa ringan sedikit fikiran saya memikirkan bebanan assignment dan test yang semuanya dah hampir selesai. Tinggal seminggu je lagi kuliah sebelum berjuang di medan peperiksaan..huhu. Lepas habis test tengahari tadi, saya balik ke hostel untuk menyiapkan sedikit tutor yang perlu di hantar esok. Masa duk tengah menghadap laptop, tiba2 saya mendapat satu mesej daripada salah seorang bekas anak murid saya…

S**** :Salam. Ckgu… S**** ada kencing manis…
(tersentak saya dibuatnya…huhu)

Saya: wslm. Dah lama ke?

S****: dah sebulan S**** kena kencing manis..tadi S**** check anak mata dalam..pastu amik darah…ckgu sihat x?

Saya: Alhmdlh,ckgu sihat.. S**** kena kurangkan makanan manis2…pastu jangan makan lewat malam…jangan makan nasi selepas kul 7malam…

S****: Ye.. S**** x makan ubat tapi S**** kena suntikan insulin..sakit sangat. Cikgu sibuk ke?

Saya: bolehla…ada kerja sikit yg nak disiapkan..:-)

S****: k la ckgu, S**** nak masuk bilik doktor dah ni…salam.

Ya Allah…aku rindukan mereka…(T_T)

Minggu lepas, S**** baru mesej saya menyatakan bahawa ayahnya telah kembali ke rahmatullah…dan yang paling saya sedih apabila membaca mesejnya~ “kalau S**** tahu ayah dah nak pergi… S**** peluk dia… S**** rindukan dia”~

Subhanallah,kata2nya membuatkan saya tersedar berapa ramaikah dikalangan kita yang masih mempunyai mak ayah dan menghargai mereka?? (T_T) “Ya Allah,Kau kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semenjak kecil lagi..”

Kadang2 selalu juga anak didik saya send sms ke hp, Cuma kekangan masa membuatkan saya tidak dapat bermesej lama dengan mereka. Biasanya mereka menghantar mesej pada waktu malam ketika saya tengah menyiapkan tugasan.

Teringat tahun lepas, seorang anak murid perempuan menghantar sms kepada saya. Dia menyatakan bahawa salah seorang anak murid lelaki saya telah meninggal dunia…terkejut saya kerana pelajar lelaki tu rapat juga dengan saya ketika saya mengajarnya…melalui cerita yang diberitahu kepada saya,dia telah koma selama seminggu kerana pendarahan dalam kepala..(saya tak pasti puncanya)…memang tak dapat digambarkan kesedihan saya ketika itu. Hanya gambar dan pengalaman menjadi kenangan. Semoga diri mu ditempatkan dikalangan mukmin yg beriman…amin Ya Rabb~

Kadang2 saya terfikir kenapa ramai guru merungut mengenai kenakalan anak didik mereka…melalui pengalaman saya, kalau seseorang guru tu ikhlas niatnya dan memang hatinya dari kecil lagi meminati bidang ni, maka tiada masalah dalam mendidik kerana pelajar akan ikut setiap arahan kita jika kita pandai “mengambil hati” mereka. Sabar ialah sifat yang paling penting perlu ditanam dalam diri setiap guru. Selama saya menjadi pendidik (guru ganti selama 2bulan), Alhamdulillah tiada masalah dalam mendidik/mengajar mereka. Jangan mudah marah dengan sikap mereka sebab mereka akan memberontak. Sebaliknya, nasihatilah mereka dengan berhikmah mengikut kesesuaian sifat mereka..(^_^) saya rasa gembira dan sentiasa tidak sabar untuk ke kelas kerana mereka dah jadi seperti kawan saya….sehinggakan tidak sampai sebulan saya mengajar,saya dah terima beberapa buah hadiah daripada anak murid saya…=)

Rindu sangat2 nak jumpa mereka…bilakah masanya akan tiba? Saya tak nak terputus hubungan dengan anak didik saya….saya menyayangi mereka sangat2. Ya Allah,permudahkanlah pertemuan ku dengan mereka….(T_T)

InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan ceritakan dengan lebih detail lagi mengenai anak didik saya…=)

~by cahayabintulsolehah (3.58pagi-khamis,7april2011)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sambungan….

13 April 2011 (10.52pagi) – Saya terima sms drpa S****…

”Cikgu..ayah T**** (salah sorang bekas anak didik saya juga) meninggal dah..pukul 9.20”….

Innalillahhiwainnailaihirajiun…(T_T) “Kullunafsin zaa’iqatul maut” ~ setiap yg bernyawa pasti akan menemui-NYA..kita juga tidak terlepas daripada itu…

Teringat lirik lagu nasyid kesukaan saya….

“Ajal yang datang di muka pintu…tiada siapa yang memberitahu..Tiada siapa pun dapat hindari..tiada siapa yang terkecuali..lemah jemari,nafas terhenti…tidak tergambar sakitnya mati…cukup sekali,tak sanggup ku mengulangi…” (T_T)

“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang…menggigil ketakutan kelam pekat dipandangan..selama ini diceritakan,kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan…” (T_T)

~by cahayabintulsolehah (1.06 pagi-sabtu,16 April 2011)