Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

25 January 2011


~ Talaqqi Kitab 2010 @ Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah, Pasir Tumboh, Klate ~





Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW….

Cuti semester Disember ~ Dalam banyak2 cuti sem sepanjang saya belajar ni, saya rasa cuti Disember yang lalu merupakan ruang masa yang paling sedikit saya berada di rumah bersama keluarga. Saya hanya sempat berada di rumah iaitu lebih kurang 4hari…sedangkan cuti sem ialah selama sebulan.huhu. Seminggu yang pertama cuti sem,saya membawa sahabat Fb (adik Najah) bercuti kat Terengganu,Selangor,Pahang dan Kelantan. Dua minggu selebihnya saya berada di salah satu pondok di Kelantan untuk mempelajari kitab2 Allah…

Alhamdulillah,niat saya ni dipersetujui oleh ayah..bukan senang ibu bapa nak melepaskan anak2 mereka jauh dari penglihatan mereka terutama anak perempuan..tapi bab agama, ayah memang xde masalah untuk melepaskan saya..cumanya dia akan tanyalah pergi dengan sape,kawan duduk mana…(biasalah tu,nak pastikan keselamatan anaknya terjamin..hehe) Ayah lagi suka kalau saya pergi dengan sahabat yang satu fikrah dengan saya…(^_^)


Sehari sebelum ke pondok,saya bermalam di rumah seorang sahabat saya di Tumpat,Klate… kat umah shbt saya ni,ada seorang lagi sahabat kami yang dah beberapa hari bermalam di situ. Petang tu,kami sama2 bersiap untuk ke surau belakang rumah shbt saya ni. Kebetulan malam tu,ayah kepada sahabat ana ni mengajar kuliah maghrib mengenai rukun2 solat..ayahnya merupakan seorang imam di kawasan tu. Alhamdulillah, dapat juga saya solat berjemaah dengan orang kampung kat situ. Selepas solat isyak,kami bersalam dengan mak cik – mak cik yang solat kat situ. Tiba2 saya ditegur oleh seorang mak cik,dia cakap macam pernah lihat saya sebelum ni. Apa lagi,saya mula lah bersembang dengan mak cik tu..hehe. tapi tak tahu la dia pernah lihat saya kat mana sebelum ni sebab saya x kenal mak cik ni…huhu. Nak kata saudara say,mungkin juga kut..tapi tak pernah lihat sebelum ni…


10pagi (12 Dec 2010) – kami bertolak ke Pondok Pasir Tumboh…nil ah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pondok yang terkenal ni…rasa begitu tenang melihat suasana pondok ni. Sebenarnya kami ke sini kerana mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Universiti Malaya. Masa duk tengah isi borang, tiba2 saya ternampak sorang lagi sahabat yang satu kampus dengan saya..rupanya,kami berempat dipertemukan oleh Allah di satu tempat yang barakah...SubahanAllah…


Kat sana,kami berta’aruf sesama sendiri dengan sahabat2 satu bilik…ada yang datang dari pelbagai IPTA…antaranya UniSZA, UM, UPSI, UITM, KUIN, USIM dan UMT. Sepanjang berada di sana,banyak ujian yang kadang2 datang tanpa diduga…biasalah,ujian tu sengaja Allah datangkan untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA.
Aktiviti kami seharian dipenuhi dengan mempelajari beberapa kitab seperti kitab feqah, haid dan aqidah. Kat sana,masing kena pandai bawa diri… tak ada system “push” untuk pergi belajar kitab. Seawal 5 – 5.30 pagi, masing2 mula bangun dari tidur. Kami bersolat subuh berjemaah di pondok. Kemudian, kami membaca Mathurat dalam kumpulan. Ada yang memasak air untuk sarapan mengikut jadual yang dah kami tetapkan. Seawal jam 7.30pagi, kami mula bergerak ke Madrasah Tengah untuk mendengah kuliah subuh sebelum bersarapan.

Kemudian kami bergerak ke Madrasah Tinggi untuk diskusi kitab bersama Ustaz Hj.Abd Rahim. Banyak yang kami pelajari dari Ustaz Rahim termasuklah bab ibadah,muamalat dan munakahat. Selepas solat zohor, kami diajar Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah oleh Ustaz haji Din. Kali ni kami belajar di sebalik tabir. Ustaz di sebelah sana bersama muslimin,manakala kami di sebelah sini. Di pondok ni, adab adalah perkara yang di utamakan. Alhamdulillah,kami betul2 dijaga, tiada langsung pertembungan antara muslimin dan muslimat. Semuanya dipisahkan..itulah yang sebenar2nya. Tepat pukul 3petang,kami ke bahagian bawah Madrasah tinggi untuk bertalaqqi dengan ustaz hj.rahim..mengenai bab feqah.


Selepas asar,kami mendengar kuliah asar yang disampaikan di Madrasah Tengah dan kemudian kuliah maghrib di tempat yang sama. Diskusi kitab bab haid bermula jam 9malam sehingga 11malam bersama ustaz Hj.rahim. kemudian kami pulang ke pondok dan mula bermuzakarah mengenai apa yang kami pelajari sepanjang hari tu..kemudian kami teruskan dengan bacaan Al-Mulk sebelum masing2 mula mencari bantal dan tilam….Begitulah hari2 yang seterusnya, masa kami dipenuhi dengan bertalaqqi.


Semasa berada kat sana,saya sempat juga menziarahi Tok Guru Hj.Hasyim yang telah uzur dan hanya berbaring di atas tilam. Beliau merupakan mudir Pondok Pasir Tumboh. Zaujah Tok Guru yang hanya dikenali dengan panggilan Mok Su,sempat juga bercerita kat kami mengenai asal usul pondok ni…namun,apa yang kami sedih apabila kami mendapat berita kematian mok su dua minggu setelah kami pulang dari pondok tu…terasa baru semalam bersembang dengan mok su…huhu.


Minggu seterusnya,kami menziarahi rumah Ustaz Rahim..berkenalan dengan zaujah ustaz. Melihat kepda kehidupan ustaz dan ustazah kat pondok ni,rasa macam terharu sangat sebab mereka hanya membeli sesuatu yang hanya keperluan bukan mengikut kehendak…Ya Allah,Kau tempatkanlah mereka nanti dikalangan mukmim dan mukminat yang beriman kepada-Mu..amin….setiap hari jumaat,kami diminta oleh ustaz rahim untuk bertasmik dengan ustazah Kamariah. Ya Allah,tenangnya hati melihat ustazah…begitu terjaganya beliau disebalik niqab yang dipakai ustazah. Petang tu,kami sempat juga menziarahi ustazah di rumahnya…tak dapat digambarkan betapa merendah dirinya ustazah membesarkan anak-anaknya dalam suasana rumah pondok…(T_T) inilah sebaik2nya kerana semakin banyak harta kita,semakin lamalah nnti amalan2 kita akan dihitung di akhirat kelak….Allah..Allah..Allah…


Sepanjang berada di sana juga,kami sempat merasa bubur Assyura yang dimasak oleh warga pondok pasir tumboh. Walaupun dalam keadaan hujan,tapi mereka begitu bersemangat mengacau bubur sehingga asar. Inilah hakikatnya belajar di pondok yang sememangnya member ketenangan kepada hati kita. InsyaAllah, saya akan menjejakkan kaki ke sini pada cuti semester yang akan datang…itulah niat yang saya tanamkan dalam diri ini bersama sahabat2 talaqqi yang lain. insyaAllah…amin..amin..amin Ya Allah..


~Wallahua’lam bissowab~




~Perjalanan ke rumah ustaz ~

21 January 2011




~Bismillahirrahmanirrahim~




dah lama rasanya x menulis kat blog ni...terlalu sibuk dengan hal2 lain yg perlu di aula kan...bnyk perkara nak dikongsikan,namun dek kerana kesuntukan masa,saya kena post sedikit demi sedikit entry yg nak dikongsikan..sekarang dah nak masuk mggu ke-4 saya berada di kampus ni untuk semester ni...memang tak dinafikan terlalu banyak tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan...sejam lagi,kena bergerak ke bandar untuk meneman sahabat membeli hamper. petang ni rehearsal untuk family day jabatan pada hari esok...semoga Allah memberi diri ini kekuatan untuk terus melaksakan amanah ini...insyaAllah,mgkn sebulan lagi kami akan meletakkan jawatan yang dipegang...memberi laluan kepada adik2 junior untuk memegang tampuk pimpinan dalam jabatan kami...

~wallahua'lam~