Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

Showing posts with label WaNitA SoleHaH. Show all posts
Showing posts with label WaNitA SoleHaH. Show all posts

23 March 2012

✿◕‿◕✿ Kata-kata mutiara Imam ✿◕‿◕✿



"Aku ingin beritahu kepada lelaki dan perempuan: Sesungguhnya nama pasanganmu telah pun tertulis oleh Allah s.w.t. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah sentiasa menjaga hubunganmu dengan Allah s.w.t. Dia akan hantarkan pasanganmu apabila kamu sudah sedia. Hanya waktu yang menentukan."

Sheikh Mamdouh

13 November 2011

Wahai kakakku….

Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja….

Wahai adikku,

Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,

Tetapi di situlah wahai adikku,

Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,

Menjadi izzah yang paling gah,

Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,

Kerana sendu rayunya,

Musa A.S terselamat dari kekejaman firaun.

Duhai adikku…..

Lembut wanita itu bukan lemah,

Tetapi senjata….

Namun wahai kakakku,

Wanita itu fitnah dunia…

Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hamba-Nya?

“wahai lelaki2 yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu…..”

Cuba adik nilai, pada siapakah Allah dahulukan pesanannya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal,

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya,

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,

Agar memelihara auratnya,

Kerana di situlah kehormatannya,

Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku….

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka berasa malu?

Wahai adikku sayang…

Al-Haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,

Wujudnya seiring dengan nafas insani,

Dan Al-Haya’ itulah pakaian iman,

Pada diri wanita itu indah Al-Haya’ sebagai pembenteng diri,

Namun….

Apabila Al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh,

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid,

Merasakan diri belum cukup menarik,

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi,

Namun adikku…

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu,

Wahai adikku…

1001 keindahan penciptaan wanita,

Pandai-pandailah dikau menilai,

Antara permata dan debu2 kilauan pasir,

Wahai adikku….

Janganlah adik gusar,

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu,

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu…menggugurkan diri..menyembah diri,

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu…..

17 October 2011

KISAH BIDADARI SYURGA MEMANDIKAN MAYAT IBU NABI ISA A.S.

Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

16 October 2011

~AURAT WANITA (KAKI)~
KERINGANAN YANG DIBENARKAN




Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

hadis riwayat Abu Daud dariapda Ummu Salamah yang berbunyi :

” قلت يا رسوا الله اتلى المرأة درع وخمار فى درع وخمار وليس عليها ازار؟ نعم إذا كا بسابغا يغطى ظهور قدميها ” – رواه ابو داود

Yang bermaksud :
“Saya berkata : Wahai Rasulullah, bolehkan perempuan bersembahyang dengan memakai baju labuh dan tudung kepala tanpa memakai kain? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya! Kalau ia cukup labuh sampai menutup dua tapak kakinya” – Hadis riwayat Abu Daud

Satu hadis lain yang hampir sama ialah yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

” لا ينظر الله إلى من جر ثوبه خيلاء . فقالت أم سلمة : فكيف يضع الساء بذيولهن ؟ قال : يرخيت شبرا. فقالت : إذا تنكسف إقدامهن ؟ قال : فيرخينه ذراعا لا يزدن عليه ” – رواه الترمزى
Yang bermaksud :
“Allah tidak (suka) melihat orangyang mengherek pakaiannya (yang labuh) dengan penuh megah. Lalu Ummu Salamah berkata : Bagaimana sepatutnya orang perempuan buat dengan hujung (pakaian) mereka? Sabda Rasulullah s.a.w. : mereka perlu melabuhkannya satu jengakal. Kata Ummu Salamah : Kalau begitu, tapak kaki mereka akan terdedah. Sabda Rasulullah s.a.w. : kalau begitu, mereka perlu melabuhkannya sehasta dan jangan lebih daripada itu” – Hadis riwayat al-Termidzi.

banyak hadith yang menyokong kaki adalah aurat yang wajib ditutup.. pendapat imam hanafi ada dua, yakni kaki itu aurat dan kaki itu bukan aurat berpandukan kepada ulasan2 yg panjang pernah dibahaskan, ia adalah pendapat minoriti, namun jumhur ulama’ kata kaki adalah aurat seperti mana dalam solat wajib tutup kaki..

credit : http://syahirul.com/aurat-kaki-wanita-keringanan-yang-dibenarkan/comment-page-1/#comment-11234

15 October 2011

TERPELIHARANYA WANITA SOLEHAH



Seorang lelaki Kristian bertanya kepada seorang lelaki Muslim :

>Lelaki Kristian: "Kenapa wanita agama kamu MENUTUP AURAT?"

lelaki Muslim TERSENYUM sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula di dalam koceknya, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya kemudian dia meletakkan kedua gula-gula itu ke atas lantai, lalu bertanya kepada lelaki Kristian: "Antara kedua-duanya, mana satu yang kamu akan PILIH?"

>Lelaki Kristian: "Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan."

lelaki Muslim: "Begitulah kami MELIHAT dan MENGHORMATI kaum wanita agar mereka lebih TERPELIHARA dan ISTIMEWA."

Begitu INDAHNYA menjadi wanita SOLEHAH..menutup AURAT dan menjaga AKHLAKNYA..(✿◠‿◠)

"La ila hailla anta...Subhanakainni kuntuminazzolimin"