Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

19 February 2011

KEMBARA UKHWAH 2010~


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW….

2HB DEC 2010 (Khamis) – Hari terakhir saya berjuang di medan peperiksaan untuk semester Julai 2010……roomates dah balik semalam lagi…sayu jgk duk dalam bilik sorang2…huhu. Malam ni x buat apa pun,just online jer kat facebook…adehh,ni je keje time boring..pastu “gayut” dengan adik tersayang (sahabat FB), iaitu adik najah @ kak cik. Duk bincang2 tentang plan kami hari sabtu nanti…yela,1st time ni nak jumpa sahabat yang saya kenal kat laman social facebook…walaupun x pernah jumpa,tapi hubungan kami macam adik beradik…ibarat dah lama kenal…masing2 bersifat ramah mesra…(^_^)

3HB DEC 2010 (Jumaat) – Preparation untuk Public Speaking hari esok. Ni diambil kira sebagai final exam kami…tak tahu la kat ipta lain macamne caranya…

4HB DEC 2010 (Sabtu) – Hari ni saya menunggu kedatangan kak jan @ Kak De,(sahabat yang saya kenal kat fB juga). Ni pun 1st time nak jumpa kak jan. Pagi2 lagi saya dah bersiap ke kampus untuk presentation public speaking…nombor giliran saya ialah yang ke-15. Jadi,pagi ni la turn saya untuk present. Alhamdulillah, saya dapat present dengan baik,cumanya saya diasak dengan macam2 soalan oleh lecturer saya….nak tahu kenapa? Sebab tajuk public speaking saya, “which is better? Coca-cola or Radix Cola”..lecturer saya ni Chinese,jadi biasalah kan…bukan senang nak persuade mengenai produk2 islam ni. Walaupun dah habis turn saya,tapi kami tak boleh pulang ke kampus lagi…sedikit kekesalan juga terasa kat hati ni sebab dah janji dengan kak jan nak pi amik dia as soon as possible…tapi apakah daya terpaksa juga menunggu habis semua presentation oleh classmates saya. Lebih kurang jam 5ptg,barulah saya dapat ke terminal bas untuk mengambil kak jan yang dah lama menunggu kat sana sejak jam 2.30petang lagi..huhu. setelah ambil kak jan,kami singgah sebentar kat masjid putih untuk solat. Malam ni, kami x bersembang sangat…maklumlah masing2 malu nak bersembang,sedangkan dalam fb dan hp sebelum ni,meriah benar bersembang…hehe. Alhamdulillah,kami dapat solat berjemaah bersama. Mula2 tu pakat tak nak jadi imam…yang ni tolak yang tu,yang tu tolak yang ni…huhu. Lastly,kata sepakat diambil…malam ni saya jadi imam,subuh esok giliran kak jan pula…(^_^) dalam pukul 10malam,saya dapat sms dari kak cik yang dia dah bertolak ke Terengganu dari ipoh,perak. Tak sabar rasanya nak berjumpa kak cik buat pertama kali…

~to be continue……………

No comments:

Post a Comment