Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~• ♥ •raBiatuL aL aDawiYyah• ♥ •~

13 June 2012

Daurah IPT 2012....

 
 
Tarikh : 13 hingga 27 Julai 2012M bersamaan 23 Sya’aban hingga 7 Ramadhan 1433H
Tempat : Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Yuran pendaftaran / makan minum / penempatan sila rujuk kepada penganjur sebagaimana maklumat yang tertera di bawah :
Peserta muslimin sila telefon Us Abdul Rahim Melaka 0199746730
Peserta muslimat sila telefon Saudari Aisyah 0139377085


Terbuka kepada muslimin dan muslimat yang berminat
Sila tempah tempat dengan segera kerana tempat adalah terhad


http://albakriah.wordpress.com/2012/06/11/daurah-ipt-2012/

23 March 2012


Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
~H.R. Bukhari dan Muslim~



Allah telah memberikan kita sebuah kehidupan DILENGKAPI dengan pinjaman yang sehingga hari ini masih kita miliki..tidakkah itu MENYEDARKAN kita betapa cintanya Allah pada kita..tidakkah kita mencintai Allah? Sejauh mana cinta kita kepada Allah?

Seseorang yang di kala manusia meletakkan dirinya di TEMPAT YANG TINGGI..dia berjaya meletakkan HATINYA di tempat yang PALING RENDAH..itulah sebaik-baiknya hamba pada PANDANGAN Allah.
✿◕‿◕✿ Kata-kata mutiara Imam ✿◕‿◕✿



"Aku ingin beritahu kepada lelaki dan perempuan: Sesungguhnya nama pasanganmu telah pun tertulis oleh Allah s.w.t. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah sentiasa menjaga hubunganmu dengan Allah s.w.t. Dia akan hantarkan pasanganmu apabila kamu sudah sedia. Hanya waktu yang menentukan."

♥ Sheikh Mamdouh ♥

04 March 2012



♥ ♥ ♥ ANDAI RINDU ITU BERTASBIH DI ATAS SEJADAH CINTA-NYA ♥ ♥ ♥

rindunya Ya Allah....♥ ♥ ♥

Ya Allah..permudahkanlah jalanku ke sana....(T_T)

ziarah ustaz


03 March 2012


♥ ♥ ♥ S.A.N.A.H~H.E.L.W.A.H~B.U.A.T~I.B.U~T.E.R.S.A.Y.A.N.G ♥ ♥ ♥



2hb Mac 2012~ awal pagi tu saya call mak saya nak gtau sy nk kuar KT ngn roomate2 sy...tp panggilan tu x berjawab..hmm,mana mak ni...nape x angkat hp?huhu. tiba2 mak call smula...

mak: np call? biarlah mak call...kredit free ni...
saya: eh...arini hari lahir mak kan? (^_^) maaf mak..terlupa..huhu. selamat hari lahir mak...hehe.
mak: tu la..xde msj ucapan pun..=)

sbnarnya sy btl2 lupa...busy sgt dgn mcm2 tgsan yg x settle lg kat kampus ni sampai lupa hari lahir mak...maaf sgt2 ibu ku...huhu. apapun,tgh mencari2 hadiah sesuai buat ibu...hajat di hari nak hadiahkan abaya..tp kna cari yg sesuai dulu...psstt,buat sape2 yg kenal mak saya,jgn gtau dia ye sy nak hadiahkn abaya ni..(",) rahsiakan dulu...hehe~

JOM TAMBAH ILMU (",)


1. Orang perempuan berambut pendek menyerupai lelaki haram, unless ade sebab2 yg tertentu. Contohnya ada penyakit leukemia atau kelemumur banyak menyebabkan gatal2 kepala.

2. Aerobik x haram kalau buat di tempat tertutup dimana hanya perempuan sahaja yg tengok. Jadi haram bile org laki tengok aerobik tu. Kalau puan je tengok, dan aerobik tu hok puan pakai ketat, dakpe dok saloh.

3. Berlumba moto tidak nyata hukumnya. Yg jatuh hukum tengok macam mana situasi perlumbaan itu. Jika menyusahkan orang lain, langgar lampu merah, x tutup aurat mase berlumba, tu jadi haram. Tengok keadaan.

4. Solat di masjid lebih afdhal dari solat sendiri di rumah. Duk nengung je dalam masjid pun lagi afdhal dari duk nengung dumoh.

5. Jatuh talak jika dia kate aku ceraikan kau walaupun die hanya cakap sorang2 dalam bilik, x dop orang dengor. Sebab jatuh talak x syarat isteri dengor.

6. Dulu suami ade pernah berhutang tapi die x bagitau isteri. Bila suami mati, isteri dok wajib bayar hutang tu walaupun si pemberi pinjam mari mitok hutang. Sebab isteri dok tau dan xdok black n white.

7. Apa hukum isteri x mboh beranak sorang lagi. Kene kawin lg x? Jawapan: Perkahwinan tu perkongsian. Kene terima, kene maafkan. Kawin x wajib beranak. Sebaik2 perkahwinan cepat dapat anak. Ramai anak, ramai lah umah Nabi Muhammad nanti. Kawin niat nak dapat zuriat cepat. Kerana itulah buah dari perkahwinan. Bincang molek2 dengan isteri untuk dapat zuriat.

8. Betul ke ustaz bukan ahli PAS? Jawapan: Dengo sendiri, perhatikan sendiri.

9. Janda dalam istilah syarak adalah perempuan yg pernah dijimak dlm pernikahan. Bile bercerai ade edah. 4 bulan 10 hari. Die kawin tapi xdan jimak x name kan janda lepas bercerai. Masih lagi anak dara. Orang kite je panggil janda berhias.

10. Kenapp boleh jawab semua soalan? Sambil bagi kuliah, sambil bace soalan. Hok dok reti, selit bwh sejadah..huhuhu. Soalan bukan semua wajib jawab. Kite g kuliah bukan suruh jawab soalan..napok..

11. Tips bangun subuh. Atas kite blake. Kene usaha la dalam perkara akhirat. Kunci jam, kalu buleh jam hok ade loceng tu.

Kata2 dari ustaz: Kita adalah hamba Allah x kira apa jua pekerjaan kita. Kita datang dari Allah, kita balik kepada Allah. same je. Harta hanya sebagai pinjaman sementara.


copy dari wall Ustaz Azhar Idrus ( Original ). :)

02 March 2012

Home made ice cream (^_^)


hmm....ni lg sedap...aiskrim buat sendiri...=) x yah dah beli2 kat kedai...kalau nak beli kat kedai..kena fikir 2,3 kali kan....halal ke x...halal ke x...hehe. so,jum buat aiskrim sendiri....mudah je ni...insyaAllah..=)
Apam Polka Dot a.k.a Apam comel (^_^)


cuti sem baru2 ni sempat jgk try buat apam ni....mcm femes je apam ni skrg..hihi. drpda duk saje kat umah..baik cuba2 resepi baru kan?? (^_^)


03 January 2012

✿.✿¯`•.¸♥.♥¸.•´¯✿✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿
SANAH HELWAH BUAT AYAH TERSAYANG
✿.✿¯`•.¸♥.♥¸.•´¯✿✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿


~3 JANUARI 2012~
hari ni hari ulangtahun kelahiran ayah saya yang ke-55 tahun (^_^)
saya sayang sangat2 kat ayah saya....
Selalu bersabar dengan kerenah saya....
selalu ajak kami solat berjemaah..
selalu bawa kami ke majlis2 ilmu...
selalu bawa kami bercuti demi mengeratkan ukhwah keluarga...
selalu menyokong setiap keputusan saya selagimana tak bertentangan dengan syariat..
syukran jazilan ayah sbb dah bnyk ajar saya mengenali Yang Maha Pencipta.....


*nnti la sambung cter sal ayah sy yer...(^_^) Nak study untk 2nd paper for final exam esok*

29 December 2011


F.I.N.A.L..E.X.A.M (^_~)





DE (2/1)
TEORI KWGN BMTMTK (4/1)
OPTIMIZATION (7/1)
BAHASA MELAYU ILMIAH (10/1)
ALLUGHATUL ARABIAH III (11/1)
STOKASTIK KWGN (17/1)


~bittaufiq wannajah fi imtihan~

*mud: demam + batuk*

16 December 2011

At Ketereh, Kelantan (^_^)

Uhibbuki Fillah.....tak tergambar kerinduan pada sahabat2 kipsas....

10 December 2011

FYP..ASSIGNMENT..TEST..QUIZ....huhu
* semoga dipermudahkan Allah *


06 December 2011


Pemandangan Kuala Terengganu dari tingkat 8 Hospital Sultanah Nur Zahirah...




13 November 2011

Wahai kakakku….

Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja….

Wahai adikku,

Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,

Tetapi di situlah wahai adikku,

Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,

Menjadi izzah yang paling gah,

Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,

Kerana sendu rayunya,

Musa A.S terselamat dari kekejaman firaun.

Duhai adikku…..

Lembut wanita itu bukan lemah,

Tetapi senjata….

Namun wahai kakakku,

Wanita itu fitnah dunia…

Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hamba-Nya?

“wahai lelaki2 yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu…..”

Cuba adik nilai, pada siapakah Allah dahulukan pesanannya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal,

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya,

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,

Agar memelihara auratnya,

Kerana di situlah kehormatannya,

Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku….

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka berasa malu?

Wahai adikku sayang…

Al-Haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,

Wujudnya seiring dengan nafas insani,

Dan Al-Haya’ itulah pakaian iman,

Pada diri wanita itu indah Al-Haya’ sebagai pembenteng diri,

Namun….

Apabila Al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh,

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid,

Merasakan diri belum cukup menarik,

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi,

Namun adikku…

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu,

Wahai adikku…

1001 keindahan penciptaan wanita,

Pandai-pandailah dikau menilai,

Antara permata dan debu2 kilauan pasir,

Wahai adikku….

Janganlah adik gusar,

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu,

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu…menggugurkan diri..menyembah diri,

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu…..

19 October 2011

Musim Bah dah tiba.....

hujan rahmat awal2 pagi ni.....

seusai tugasan pagi tadi, saya menyelak langsir bilik...Subhanallah,hujan rahmat rupanya pagi ni...hehe. rasanya lama dah x hujan. ni mungkin dah bermulanya musim "bah"...(org tganu kata la). bila hujan camni, rasa nak turun bawah pun "malas"..huhu. nasib baik ada kelas..kalau tak,rasanya terperap kat bilik je time2 hujan camni.

mesti swimming pool dah penuh dengan air hujan...

kedudukan kampus yang dekat ngn pantai ni sebenarnya best...yela,tiap2 malam (bila musim bah @ banjir) dapat dengar bunyi ombak menghempas pantai. rasanya semester ni, saya tak jejakkan kaki lagi ke pantai kat kampus ni. nak kata sibuk, tak juga sebab semester ni la semester yang tak banyak kuliah dan tugasan berbanding tahun2 pengajian sebelum ni. sem ni juga la kami satu kelas selalu balik rumah masing2...banyak masa free (^_^) kuliah saya pun tak seawal jam 7 @ 8 pagi seperti semester2 lepas. kebanyakannya bermula jam 10pagi atau 2petang. kadang2 satu kuliah untuk satu hari...ramai juga kawan2 and junior2 yang "jeles" lihat kami takde kelas..."super senior" la kununnya...huhu. Ni je cerita pagi ni...hehe. Masa untuk study pula....esok ada 2 test mid term sebelum balik cuti deepavali (5hari) dan cuti Raya Haji + cuti mid term (seminggu).

~surau hostel~

***study mood***