Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~• ♥ •raBiatuL aL aDawiYyah• ♥ •~

12 August 2011


UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.



"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga
di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam
yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang
yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang
kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:

Sekiranya shbt2 ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada shbt2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

~Lailahailla anta..subhanaka inni kuntuminazzolimin~ (T_T)

07 August 2011

~AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ~


Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada setiap tahun.

Begitu juga dengan tahun ini di mana kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah Subhanahua taala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya.


Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun".

Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".

Terdapat banyak hadis yang menerangkan keagungan Ramadhan Al-Mubarak, diantaranya sabda Rasullullah S.A.W, Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan".

Hadis di atas ini memberi pengertian bahawa bulan Ramadhan adalah bulan keemasan untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah serta memantapkan iman dan membersihkan diri dari kerja-kerja maksiat yang didorong oleh hawa nafsu atau godaan syaitan. Di dalam bulan yang suci inilah sepatutnya mereka melakukan hisab atau muhasabah diri di atas kerja-kerja yang telah dilalui dan akan dihadapi sama ada yang bermanfaat atau sebaliknya.

Para ulama menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat amal soleh sama ada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.

Ramadhan adalah semulia-mulia bulan, berbagai-bagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya, yang menjadikan tarafnya lebih agung dan lebih berkat, di antaranya :

Pertama, perintah Allah Subhanahua taala ke atas kaum muslimin untuk mengerjakan puasa, firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : "Wahai mereka yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti yang diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan dengan berpuasa itu kamu akan terpelihara dan bertaqwa". Tidak syak lagi, perintah mengerjakan puasa yang menjadi rukun Islam ketiga dalam bulan yang mulia ini menjadikan ia lebih agong dari yang lain.

Kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-'Alak iaitu tanggal 17 haribulan. Firman Allah Subhanahua ta
ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Didalam bulan Ramadhan ini diturunkan di dalamnya kitab Al-Quran yang menjadi hadiah kepada umat manusia dan membezakan antara yang hak dan bathil".

Ketiga, dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta benda ke atas mereka yang mencukupi syaratnya. Kefardhuan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini menggambarkan betapa eratnya hubungan puasa dengan zakat. Kedua-duanya wajib dikerjakan dengan sempurna. Maka tidak sempurna agama seseorang itu jika hanya melakukan salah satu daripadanya. Hal ini dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya, yang bermaksud "Pahala puasa Ramadhan tergantung-gantung di antara langit dengan bumi, ia tidak terangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah".

Keempat, di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, Allah Subhanahua taala menghadiahkan kepada umat Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatulqadar. Kerana itu, maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat berusaha untuk mendapatkan keagongannya. Iaitu memperbanyakkan zikrullah, bertakbir, bertahlil, berdoa dan lain-lain ibadah yang dituntut dalam Al-Quran dan sunah Rasul.

Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya beribadah pada malam tersebut dengan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahua taala melalui majlis Qiamullail, beristighfar dan bertadarrus Al-Quran di sepanjang malam pengampunan dosa ini. Janganlah ada orang Islam yang memandang kelebihan malam LailatulQadar sama seperti malam-malam yang lain.

Dipandang dari sudut mana sekalipun, ibadat puasa perlu dilakukan oleh manusia. Agama Islam yang, mengutamakan kesejahteraan umatnya dari segi rohani dan jasmani, tidak menyuruh mereka melakukan ibadat agong ini sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

Maka di antara sebab ibadah ini diwajibkan ialah :

  • Pertama, meningkatkan taqwa dan iman manusia dengan melaksanakan suruhan Al-Khaliq secara ikhlas sebagai melahirkan kesyukuran terhadapnya ;
  • Kedua, melahirkan sifat mulia dan jiwa murni dan bersimpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh fakir miskin dan yang menderita ;
  • Ketiga, menguji kesabaran dalam menghadapi kelazatan makan dan minum, keinginan nafsu jantina atau godaan yang ditegah oleh syarak ;
  • Keempat, melatih diri untuk terus berjihad bagi meninggikan syiar Islam disamping menjaga maruah dan keselamatan diri serta membersihkan jiwa dari sifat-sifat tamak, gelojoh dan sifat-sifat mazmumah yang lain.


Bagi memastikan perlaksanaan rukun Islam ketiga ini diterima Allah serta mendapat keredhaannya, ia hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat atau rukun dengan sempurna, berniat ikhlas, berdisplin dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahalanya. Ini disebabkan tujuan berpuasa bukanlah menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan semua anggota dari melakukan kerja-kerja yang tidak berakhlak atau yang dilarang oleh agama.

Dalam hal ini kita harus gerun dengan hadis Rasullullah S.A.W yang bererti "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari puasa melainkan lapar dan dahaga".


Mengambil sempena keagungan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan harga dirinya sendiri.


"Lailahailla anta..subhanakainni kuntuminazzolimin"







"Lailahaillah anta...subhanakainni kuntuminazzolimin"
♥KELEBIHAN AYAT KURSI ♥

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

  • Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
    "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  • Sabda baginda lagi;
    "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

"Lailahailla anta...subhanakainni kuntuminazzolimin" (T_T)


22 July 2011


~PERGINYA INSAN YANG KU SAYANGI~

arwah mak su bersama ibu dan ayahnya...3 drpa 4 org anak2nya

Feb 2011~ Mak su ditahan di wad Specialist Hospital kat kuantan kerana penyakit yg dialaminya...namun doktor tidak dapat mengesan penyakit yang dialami mak su. Akhirnya doktor terpaksa mengambil air tulang belakang sebagai jalan terakhir untuk mengesan penyakit mak su.

2 Mac 2011~ Mak su dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan atas permintaan ayah saya (abang sulung mak su). Sepanjang mak su di sana,anak-anaknya dijaga oleh suaminya di Terengganu memandangkan mereka masih bersekolah...anak sulung mak su belajar di MRSM Gerik (14 thn) manakala anak kedua berada di tingkatan satu. anak ketiganya pula masih bersekolah rendah (darjah 4) dan yang bongsu baru darjah satu. Alhamdulillah saya sempat menjaga mak su selama 2hari di hospital pada hujung minggu.

arwah mak su ketika mendaftarkan anak sulungnya di MRSM

hujung Mac 2011~ Mak su memohon daripada doktor untuk pulang ke rumah,namun tidak dibenarkan memandangkan kesihatan Mak Su tidak mengizinkannya. Setelah merayu buat kali ke berapa agaknya(tak tahu la), akhirnya doktor membenarkan dia kembali ke rumah di terengganu...tetapi mak su mesti ke HTAA setiap minggu untuk ujian darah kerana penyakitnya masih belum dapat dikesan.

sebakul ubat2 yang arwah kena makan

5.00 pm~29 April 2011~ terima panggilan daripada emak yang menyatakan mak su terpaksa dikejarkan ke HTAA dengan segera kerana keadaannya yang kritikal..time ni mak dah minta saya stand by takut ada apa2. saya baru selesai 5paper untuk final exam dan alhamdulillah saya hanya tinggal 2paper lagi untuk hari isnin dan selasa nanti (2 dan 3 mei). Mak,ayah dan atuk (kebetulan atuk ada kat umah saya) baru bertolak untuk melihat mak su. **mak su dihantar ke klinik swasta di Paka untuk dirawat atas permintaan mak su kerana tak larat. namun doktor meminta ayah su segera membawa mak su ke hospital kuantan kerana keadaan mak su yang kritikal. tanpa berlengah lagi,ayah su terus memecut keretanya ke hospital kemaman untuk di bawa oleh ambulans ke kuantan. hanya anak perempuan mak su (yang darjah 4) je yang ada bersama ketika itu. sampai je kat hospital kemaman,doktor terus tahan mak su dan dimasukkan ke ICU. mak su x dibenarkan dibawa ke HTAA kerana keadaanya yang dah lemah.

6.00 pm~ semua adik beradik mak su bertolak ke hospital kemaman. mak su sudah mula tidak sedarkan diri..hanya air mata yang mengalir di pipinya..tak tahu la samada air mata kesakitan atau kesedihan kerana tak dapat melihat anak2nya disisi.

7.00 - 11.59 pm~ peratusan pernafasan mak su makin berkurang dari 95% ke 5%....anak sulung mak su bertolak dari mrsm atas bantuan gurunya dan ihsan driver bas memandangkan tiket dah habis.

12.05 am - 30 April 2011~ akhirnya mak su kembali menyambut seruan Ilahi dihadapan ibu, kakak dan abang2nya setelah umurnya genap 40tahun pada 30 april. sedikit terkilan kerana semua ahli keluarga saya tak sempat berjumpa arwah mak su buat kali terakhir...masa ni keluarga saya masih on the way ke hospital dari pahang,saya pula masih di kampus manakala adik pmpn saya masih berada di Syria (dia lagi la sedih sebab dah lama x jumpa mak su..last jumpa akhir tahun lepas). kami sempat sms ke adik menyatakan pemergian mak su. mak meminta saya bersiap untuk pulang ke kampung pagi tu terus. saya amik kesempatan yang ada ni dengan study bersama kawan2 sementara menunggu bapa saudara saya datang.

lebih kurang jam 3.30 pagi~ ayah Teh dan dua orang sepupu saya datang menjemput saya di asrama kampus...kami ke stesen bas Kuala terengganu menunggu anak sulung mak su yang dijangka tiba pada jam 4.3o pagi. Setelah zikri (anak sulung mak su) sampai,kami terus bertolak ke kampung yang mengambil masa kira2 1jam setengah dari KT. masa ni,zikri memang tak tahu yang mak dia dah tiada...(T_T)
kami singgah di masjid untuk solat subuh sebelum menyambung perjalanan....ayah teh mula memberitahu hal sebenar kepada zikri...

kami sampai ke kampung (umah mak su) kira2 jam 6.30 pagi....sayunya hati melihat sekujur tubuh terbaring kaku dibaluti kain putih di ruang tamu rumah mak su. saya mula mencari kelibat anak2 mak su...rupanya mereka berada dalam salah satu bilik bersama ayah su...ayah su sedang menenangkan anak perempuan (anak tunggal perempuan) mak su kerada dia yang paling rapat dengan ibunya...

7.00 am - 12.30 pm~ menguruskan jenazah arwah mak su.....sedih melihat anak2 mak su yang masih kecil....






KENANGAN BERSAMA MU........

saya seringkali teringat kenangan2 bersama mak su kerana dia merupakan satu2nya emak saudara yang paling rapat dengan saya,adik perempuan saya dan juga sepupu2 saya yang lain. kalau saya pulang ke kampung(umah nenek), saya wajib ke rumah mak su yang terletak di belakang rumah nenek. biasanya kalau saya sampai ke kampung pada waktu petang, saya dan adik akan ke umah mak su malam tu terus....banyak jasa mak su kepada saya sebelum ni...mak su selalu mengambil saya kat sekolah (time saya menjadi guru kat SMK Paka 2009) kalau saya ada meeting. yang paling saya bersyukur sangat sebab saya baru dapat tunaikan janji saya kat mak su sebelum dia kembali ke rahmatullah...
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk saya tunaikan janji tu.

Dec 2010~ saya pulang ke umah nenek sekejap bersama seorang adik yang saya kenal kat fb (najah). kami sempat memasak dan makan tengahari di sana. kebetulan mak su tahu saya ada kat umah nenek,dia terus call saya...dia tnya tak nak jumpa dia ke...masa ni mak su dah mula demam2...jadi,saya pergi juga umah mak su walaupun sekejap kerana mengejar masa.huhu.

biasanya waktu pagi,saya akan ke umah mak su untuk menolong dia memasak kuih-muih untuk dijual. kami banyak berkongsi cerita....mak su memang peramah. kalau waktu petang,kami bersembang kat bawah pokok depan umah mak su sambil makan buah mempelam (buah pauh) sambil cicah kicap....memang kegemaran kami la tu...

sampai sekarang kami macam tak percaya arwah mak su dah takde...namun hati kena terima setiap ketentuan Allah....kullu nafsin za'iqatul maut....setiap yang bernyawa,pasti akan mati (menemuiNYA).....

insyaAllah,selepas habis belajar ni,saya akan cuba mendidik anak mak su supaya menjadi anak yang soleh dah solehah....insyaAllah...

Semoga dirimu bahagia di sana.....Halimah Saadiah...(T_T)

*Mak su merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik...beliau meninggalkan 4 orang anak yang berumur antara 14 tahun hingga 7tahun dan kini dijaga oleh suaminya.

Snap sepanjang tahlil arwah~


bandung ais yang mendapat sambutan...hehe