PANDANGAN FATIMAH SYARHA
Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat  baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into  perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup  aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.
Corat-coret kisah tudung labuh...“Akak,  kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali  dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang  mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling  tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat  diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung  bertudung labuh.
Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang  tercari-cari identiti diri.   Kali pertama aku memilihnya  sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh  kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang  kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku  semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu  dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut  mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun  aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini,  aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada  pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak  pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku  perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara  kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan  pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini  merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian  selamanya harum dalam ingatan.
Yang tertutup Itu IndahKetika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot.
Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di  sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat.  Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam  hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar  istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan  asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
 Dalam   satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah  seorang   fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle  trekking. Aku  mengetuai  barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki  hutan.  Taklimat dan doa  dimulakan. Menderap ke tengah belantara,  tiba-tiba  peserta puteri paling depan  terlanggar sarang tebuan tanah.  Tebuan  tanah berterbangan garang. Sedia  menyerang. Peserta itu  menjerit  kesakitan kerana disengat. Peserta di  belakangnya turut  menjerit  ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan  ketika itu  melaungkan  takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur.   Mereka  bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
 Suatu  hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan  semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan  berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini  penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan  bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya  kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki .  Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan  aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan  mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara  pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh  sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh  dari pemandu. 
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku  amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku  dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih  sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. 
Ya  Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas.  Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian  bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat  itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat  perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak  kelihatan. 
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di  hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan  perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit.  Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah  masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing  berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar  masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera  menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku.  Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan  kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku. 
“Di  mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang  asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang  menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak  berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku  berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan  pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di  seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ.  Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap  berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah  kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam  dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk  menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup  pada wajahku yang berkulit cerah. 
Saat yang amat mendebarkan  dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku.  Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak.  Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku.  Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku  siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi  taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku  bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku  seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau  bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke  arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak  dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Tiba-tiba  samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi.  Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke  arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku.  Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna  gelap itu. Alhamdulillah!
 Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
 Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas  sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera  bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan  juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju  meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang  mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya  terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah. Aku sedih  mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan,  “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg  tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku  bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut.  Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah  kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba  anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung  labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

 Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
 Aku  hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi  akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati  penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia  mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang  agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar,  kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun,  realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk  kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya  melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di  gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik  bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak  bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa  cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa  nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
WALLAHUA'LAM..
sumber:1) http://www.facebook.com/topic.php?uid=308559027407&topic=16745
2) http://www.facebook.com/profile.php?id=100000293722985#!/note.php?note_id=495379991040&id=1662714463