Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

07 April 2011

~JOM TELADANI AKHLAK & AMALAN RASULULLAH SAW ~

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

- Rasulullah saw selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat fardhu subuh berjamaah. Antara hikmahnya ialah mendapat pahala daripada Allah SWT, kesegaran udara subuh yang baik untuk kesihatan / terapi penyakit TB, menguatkan daya ingatan dan menyihatkan perasaan (emosi).

SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN

- Rasulullah SAW sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi. Baginda selalu mencuci rambut-rambut halus di pipi, memotong kuku, bersisir dan memakai minyak wangi.

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

- Sabda Rasulullah SAW : “Kami adalah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kenyang)” (Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lagi untuk makanan. Bahkan satu tarbiyyah khusus bagi umat islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI

- Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Apabila kita berjalan kaki, keringat akan mengalir,manakala pori-pori akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancer. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH

- Nasihat Rasulullah SAW : “ Jangan marah” diulangi sampai 3kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan muslim bukanlah terletak pada jasadiyah semata-mata tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:

- Mengubah posisi ketika marah, apabila berdiri,maka duduk dan apabila duduk, maka hendaklah berbaring.

- Membaca Ta’awwudz kerana marah itu datang daripada syaitan.

- Segeralah berwudhuk.

- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan.

No comments:

Post a Comment