Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

28 September 2011

KAU MELAMAR KU DENGAN BISMILLAH




Cinta ini datang kerana dirimu mencintai Allah
Cinta ini pudar, bila cinta mu kepada Allah pudar
Kau harus bahagia, walau aku-tiada di sisimu nanti,
Kerana CINTA ini dibawah lembayung yang sama,

Suamiku,
Kerana diri-mu mencintai Allah dan Rasul-Nya,
Kehilangan dirimu adalah kehilangan ‘Allah’ dalam diriku,
Ketiadaan wajahmu adalah kehilangan ugama dari jiwaku.

Sayangku,
Engkau adalah sayapku,
Engkau adalah tulangku,
Engkau adalah masa sunyi dan sepiku,
Jika kau beroleh bahagia, aku jua turut merasainya.

Kekasihku,
Sebelum meraih restu ALLAH,
Pastinya dirimu adalah asing bagiku,
Cinta ini ku-simpan hingga masa yang pernah ku-janjikan,

Maka,
Dengan Kalimah Bismillah, kau datang melamar-ku,
Menjadi suri sehidup semati dengan-mu,
Agar nantinya kita bersua lagi di pintu Firdausi,
Melafazkan getaran rindu yang satu.


bicara cahaya: (just copy paste)

25 September 2011


O Prophet! Say to your wives and your daughters and the women of the faithful to draw their outergarments (jilbabs) close around themselves; that is better that they will be recognized and not annoyed. And God is ever Forgiving, Gentle..Al-Ahzab 59

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab: 59).
Setelah sekian lama.......

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi,akhirnya saya kembali meng"online" & meng"update" blog ni...(^_^) lappy kesayangan ni terpaksa masuk kilang...alhamdulillah x kena caj sbb dalam tempoh warranty lagi..kalau tak, dah melayang rm500...huhu. syukran buat adik tersayang sbb bagi pinjam laptop untuk saya siapkan laporan dan presentation praktikal. semuanya ujian dari DIA....=)

walaupun baru 2 minggu bermula sem baru ni...tp kami dah mula busy dengan PITA. anyway,semoga semoga kami dapat melaksanakan PITA ni dengan sebaiknya....(^_^)