Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

10 November 2010

KAHWIN PERDANA : RM 100,000, PROGRAM CEPAT KAHWIN,KELANTAN




KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga. ”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.


Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Kesihatan
di talian 09 7476568
atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November ini





credit : http://farzaluzizaron.blogspot.com/2010/11/kahwin-perdana-rm100000-program-cepat.html

No comments:

Post a Comment