Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

13 November 2011

Wahai kakakku….

Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja….

Wahai adikku,

Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,

Tetapi di situlah wahai adikku,

Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,

Menjadi izzah yang paling gah,

Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,

Kerana sendu rayunya,

Musa A.S terselamat dari kekejaman firaun.

Duhai adikku…..

Lembut wanita itu bukan lemah,

Tetapi senjata….

Namun wahai kakakku,

Wanita itu fitnah dunia…

Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hamba-Nya?

“wahai lelaki2 yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu…..”

Cuba adik nilai, pada siapakah Allah dahulukan pesanannya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal,

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya,

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,

Agar memelihara auratnya,

Kerana di situlah kehormatannya,

Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku….

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka berasa malu?

Wahai adikku sayang…

Al-Haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,

Wujudnya seiring dengan nafas insani,

Dan Al-Haya’ itulah pakaian iman,

Pada diri wanita itu indah Al-Haya’ sebagai pembenteng diri,

Namun….

Apabila Al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh,

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid,

Merasakan diri belum cukup menarik,

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi,

Namun adikku…

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu,

Wahai adikku…

1001 keindahan penciptaan wanita,

Pandai-pandailah dikau menilai,

Antara permata dan debu2 kilauan pasir,

Wahai adikku….

Janganlah adik gusar,

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu,

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu…menggugurkan diri..menyembah diri,

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu…..