Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

27 May 2011


❝... Jangan merasa bangga dgn kecantikanmu hingga dikejar jutaan lelaki , itu bukan kemuliaan bagimu ...
Jika kau berasa bangga , kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai , yg boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja ...
Muliakanlah dirimu dgn taqwa , setanding mutiara Zabarjad , yg hanya mampu dimiliki penghuni syurga ...❞
-SAIDATINA AISYAH-

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat,maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat,maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka (T_T)

26 May 2011

~TRAGEDI 1 SYAWAL 1431~
(10 SEPTEMBER 2010)


innalillahiwainnailahirajiun...(2.50 pagi..1 syawal..)

kejadian ni berlaku btl2 depan kenderaan kami smsa kami dlm perjlanan pulang ke kmpung halaman melalui highway...pada awalnya bas tu berada di belakang kenderaan kami, namun kemudian bas tadi melintas kenderaan kami..selang 1 minit,kami terkejut melihat bas td berhenti secara tiba2 di tgh jalan... mula2 ingtkn bas terbabas....namun apabila kami melintasi bas,rupanya ada sebuah kereta dah berada dibawah bas (bahagian depan)....alhamdulillah ketika itu kami sempat brek n ada jarak dgn bas....wlpun dlm hujan yg lebat,kami berhentikan kereta n trus turun untk selamatkn mgsa kerana kami yang pertama berada di tempat kejadian..namun,Allah lbh mnyayangi mgsa,semua meninggal dunia di tempat kejadian serta merta...(T_T)..kami trus menelefon bomba..beberapa puluh minit kemudian,tiba2 terdengar dentuman dr arah belakang bas,rupanya ada sebuah kereta pula melanggar blkg bas ni...huhu..alhmdulillah,semua selamat,cma driver dia tersepit sedikit sbb driver tgh pregnant...smga kejadian ni memberi keinsafan kpda kami mngenai kematian yg tiba tanpa diundang...

“Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMU,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMU,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
SesungguhNYA Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.”

“Ya ALLAH akhirkanlah riwayat kami dalam husnul khatimah (kematian yang baik)
Dan JANGANLAH engkau akhirkan riwayat kami dalam Su’ul khatimah (kematian yang buruk)”

kami berada selama 2jam ditempat kejadian sebelum meneruskan perjalanan....keadaan kat sana masih hujan....akhirnya,kami selamat sampai di kampung halaman pada jam 7 pagi,1 syawal......

keadaan kereta dan bas


semua sedang meninjau mencari kut2 ada anak mangsa dalam kenderaan tu...

ni kenderaan yang dipandu oleh wanita yg "pregnant"...melanggar bahagian belakang bas (beliau ingatkan bas sedang bergerak)

pukul 4 pagi~ bomba tiba ditempat kejadian...huhu

*kejadian berlaku kat highway kuantan - terengganu

22 May 2011


~ISTIKHARAH CINTA~

Tajuk Nasyid : Istikharah Cinta
Artis : Sigma
Album : Istikharah Cinta
Website/Blog : http://nasyidsigma.blogspot.com/


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta





21 May 2011


~KUASA HATI~


Hati manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah s.a.w mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak.

Di dalam Al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati dengan pelbagai istilah. Melalui ayat-ayat itu juga diterangkan, hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah s.w.t.

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara. Pertama, seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Kedua, dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.

Selain itu, pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.

Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah s.w.t.. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Yang terakhir, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah s.w.t serta takut kepada sifat-sifat riak dan munafik.

Hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah s.w.t. amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting kerana apabila rosak, ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak.

Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota-anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah s.w.t. dengan syurga.

Hati yang bersih dan luhur memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah s.w.t. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur-unsur kemalaikatan, dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah s.w.t , warak, sentiasa mengingati-Nya dan bersyukur.

Di dalam Surah Al-A'raaf ayat 200-201 Allah berfirman yang tafsirnya : "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."

Allah s.w.t mengangkat Nabi s.a.w sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa, apabila hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Tuhan, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan seratus peratus dan sentiasa digoda syaitan.

Tuhan memilih Nabi Muhammad s.a.w untuk membawa urusan-Nya. Maka semestinya utusan Allah s.w.t mempunyai sifat-sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Dengan hatinya yang bersih itu, orang-orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang-orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya, bukan dengan kekerasan, tetapi apabila mendengar bacaan Al-Quran, hatinya tertawan dan akhirnya mengubah pegangan serta corak hidupnya.

Berzikir dan mengingati kembali hakikat kejadian manusia adalah antara cara mengubat hati supaya beriman kepada-Nya. Dengan berzikir contohnya, hati-hati yang keras sekalipun dapat dilembutkan. Tidak perlulah membaca ayat-ayat Al-Quran yang panjang. Cukuplah sekadar mengingati Allah s.w.t kerana Dia telah berjanji akan mengingati-Nya.

Dalam perjalanan hidup kita ini juga, cubalah beramal dengan kerja-kerja yang mendatangkan pahala. Contohnya pertingkatkan amalan-amalan sunat yang diberi ganjaran pahala yang banyak. Cemburulah kepada mereka yang berjaya membuat banyak ibadah agar kita juga turut bersaing menghapuskan bintik-bintik hitam di dalam hati dan seterusnya melakukan ibadah sebanyak mungkin.

Untuk mendidik hati dan menaikkan taraf kepada golongan muttaqin pula, kita hendakah menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Mulakan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh, malah lebih elok sehingga dapat menitiskan air mata.

Taubat sebenar datang daripada hati dan memberi kesan mendalam sehingga dapat merasa diri hampir dengan Tuhan, seterusnya mengubah sikap. Hati yang insaf dan kuat akan menimbulkan rasa takut serta dapat menahan kesabaran dan hawa nafsu.

Jika keimanan dapat ditingkatkan melalui hati, alhamdulillah, kita akan menjadi seorang yang bertakwa.

Credit to: http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2263-kuasa-hati.html

Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya.

Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya.

Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah. Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia.

Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?

Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran. Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'

Teguran Umar itu bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi keluarga. Agama diiktifar sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak.

Pemilihan ibu yang tepat untuk si anak ini tentunya timbul atas kesedaran untuk menjadikan perkahwinan sebagai saham akhirat. Ini kerana pelayaran sebuah perkahwinan bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga atau semudah menyuapkan makanan ke mulut tanpa berfikir himpitan mahupun kekangan yang akan ditempuhi. Perkahwinan yang dianjurkan Islam perlulah berkemudi hingga ke pelabuhan dan hasilnya dapat dinikmati di akhirat kelak.

Perkahwinan beginilah yang mampu membuahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Lihat sahaja perkahwinan yang Rasulullah dengan isterinya yang tercinta Ummul Mikminin Saidatina Khadijah. Kebahgiaan yang dibina atas jihad kepada Islam ini mendamaikan dua hati yang diketemukan walaupun bertingkah jurang dari segi umurnya. Hasilnya zuriat yang lahir dididik dengan sempurna, menjadi tokoh ummah yang dikenang sepanjang zaman.

Ibu adalah manusia yang paling dekat dengan si anak. Ibu yang beriman dan bertaqwa akan melahirkan waris-waris yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Contohilah Khunsa', srikandi Islam yang berjaya dan mentarbiyah anaknya seramai tiga orang.

Ketika anak pertamanya mati syahid beliau masih tersenyum kerana masih ada anak yang kedua syahid yang kedua yang diharapkan akan gugur sebagai syuhada. Kejayaan Khunsa' menanam semanagt jihad pada jiwa anak-anaknya merupakan hasil daripada jiwa besar seseorang wanita yang akrab dan intim dengan ilmu-ilmu Islam dan amalannya.

Tidak salah mencari pasangan yang menawan, kaya dan berdarjat. Lagi lengkap pakej kesempurnaan, lagi baik. Asalkan krieteria utama iaitu beragama tidak dicicirkan. Seorang anak tidak boleh dididik dengan wang ringgit atau kekayaan si ibu. Si ibu yang cantik bukan jaminan bahawa dia mampu mendidik anak dengan baik.

Begitu juga darjat dan keturunan bukanlah penyebab yang dapat membentuk personaliti soleh dan solehah anak. Tetapi yang pasti, agama si ibu adalah satu jaminan ke arah kesempurnaan didikan anak. Ibu yang berakhlak, berilmu, taqwa, kuat beribadah secara adatnya mampu membimbing anak ke jalan bahagia.

Sekurang-kurangnya percikan akhlak solehah si ibu mampu mendorong si anak secara lisanul hal. Atau setidak-tidaknya doa si ibu yang luhur peribadi ini mampu menggamit hidayah, rahmat dan keampunan Allah buat si anak.

Malang sekali masyarakat hari ini tidak mengambilkira soal pemilihan ibu untuk si anak. Mereka melihat perkahwinan ini dari sudut kepuasan nafsu semata. Si gadis yang comel, seksi dan bergaya itulah yang diutamakan.

Jika si dia kaya dan berdarjat lagi mahu. Soal akhlak, iman dan alam diketepikan. Semasa memilih pasangan tidak terlintas soal anak. Bila anak sudah lahir, anak menjadi mangsa kejahilan dan kebobrokan akhlak ibu.

Mereka lupa tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu yang berperanan untuk memelihara dan mendidik anak-anak menjaga kehormatan diri dan menjamin keperluan rumahtangga yang mencukpi.

Bukan lelaki sahaja perlu mencari ibu yang betul untuk si anak, malah para wanita juga perlu memilih bapa yang tepat untuk anaknya. Wanita yang solehah perlu merancang memilih bapa soleh untuk anak-anak mereka. Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi "Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, makakahwinilah dia".

Betapa malangnya wanita mukminah yang jatuh ke tangan ketua keluarga yang "thaleh" dan curang akhlaknya serta memandang enteng prinsip-prinsip Islam dan ibadah-ibadah. Apalah gunanya anak-anak yang hidup dalam keluarga yang terajunya tidak mengindahkan hukum dan seruan Allah.

Tegasnya, demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak. Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar: 'Kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...'

credit to : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/2042-memilih-ibu-untuk-si-anak.html

20 May 2011

~Siksa orang yang meninggalkan sembahyang~





1) Siksaan Di Dunia

  1. Allah taala mengurangkan berkat umurnya .Dengan makna selama hidupnya sentiasa ia merasa duka cita , malang dan seumpamanya.
  2. Allah taala tidak mempermudahkan rezekinya di dunia .Dengan makna sentiasa merasa tak cukup dengan apa yang ada.
  3. Allah taala menghilangkan tanda atau cahaya soleh di wajahnya . Wajahnya akan dilihat kusam dan dibenci orang .Bagi orang yang sembahyang walau ia berkulit gelap sekalipun ,masih dapat dilihat cahaya nur di wajahnya.
  4. Ia tidak mempunyai tempat dalam Islam .Ia dikatakan orang Fasik , munafik .Setengah sahabat Rasullullah saw menghukumkan Kufur .
  5. Allah taala tak terima doanya .Jangankan doa orang yang tak sembahyang ,sekiranya kita adalah orang yang sembahyang tetapi orang yang dibawah tanggungan kita tak sembahyang ,itupun doa kita tak dikabul oleh Allah taala.Ini yang selalu kita terlepas pandang terhadap anak-anak kita yang tak sembahyang .Nabi suruh kita menyuruh anak kita sembahyang ketika umurnya 7 tahun dan dirotan akan dia sekiranya ia masih tak sembahyang ketika ia berumur 10 tahun .Ada kita buat?

2) Siksaan ketika menghadapi maut

  1. Mati dalam keadaan sangat hina .nauzubillahiminzalik .
  2. Mati dalam keadaan sangat lapar.Samada tiada makanan atau makan tapi tiada mencukupi walau diberi dengan banyaknya.
  3. Mati dalam keaaan sangat dahaga walaupun diberi minum dengan banyaknya .Ketika inilah Syaitan akan datang menemuinya dengan menyamar bagai-bagai rupa dengan membawa segelas air dan menyeru kepada kekufuran .

3) Siksaan ketika dalam kubur

  1. Allah taala akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya sehingga Fatimah Azzahra rha ketika nak dibawa masuk kedalam kubur maka tanah itu pun berkata aku tidak mengenal siapa yang memasuki akan daku sekiranya ia golongan yang baik maka selamatlah ia dari azabku.Bayangkanlah itu anaknya Nabi kita . Kita?
  2. Allah taala akan menggelapkan kuburnya .Gelap-gelap ni suatu yang dibenci.Kalau sementara takpe tetapi sehingga hari kiamat .
  3. Allah taala akan menyiksanya hingga hari kiamat .Tidak ada contoh siksa dunia bagi siksa dalam kubur kerana terlalu siksanya yang tiada terperi .

4) Siksaan ketika bertemu Allah

  1. Di hari kiamat ,ia akan dibelenggu oleh Malaikat .
  2. Allah taala tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  3. Allah taala tidak akan mengampunkan dosa-dosanya sebaliknya ia akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang amat pedih .

Dosa dan balasan meninggalkan sembahyang lima waktu

Subuh : Sekali meninggalkannya ,dimasukkan ke neraka selama 30 tahun masa akhirat .Adapun nisbah sehari akhirat ,seribu tahun di dunia jadi jumlahnya 30 ribu tahun diazabkan dalam neraka.

Dzuhur : Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti membunuh 1 ribu orang umat Islam .

Asar : Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti meruntuhkan Baitullah .

Maghrib: Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri .

Isya` : Sekali meninggalkannya , Allah taala tidak redha dengannya tinggal di buminya dengan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya .

~ credit to Al-Fadhil Ustaz Hj Abd Rahim Bin Mohamad Shah (tenaga pengajar Pondok Pasir Tumbuh,Klate)~
~Seruan Bumi~


Anas Bin Malik r.a telah berkata yang bermaksud ; “Sesungguhnya bumi setiap hari menyeru (manusia) dengan 10 kalimat iaitu :-

1) Wahai manusia ! Engkau berlari-lari di atas belakangku , tempat kembali mu adalah di dalam perutku .

2) Engkau melakukan ma`siat di atas belakangku ,engkau akan disiksa di dalam perutku .

3) Engkau ketawa di atas belakangku ,engkau akan menangis di dalam perutku .

4) Engkau bergembira di atas belakangku ,engkau akan bersedih di dalam perutku .

5) Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku ,engkau akan menyesal di dalam perutku .

6) Engkau memakan yang haram di atas belakangku ,engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku .

7) Engkau sombong di atas belakangku , engkau akan menjadi hina di dalam perutku .

8) Engkau berjalan dalam keadaan suka cita di atas belakangku ,engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan duka cita .

9) Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku ,engkau akan jatuh ke tampat yang gelap di dalam perutku .

10) Engkau berjalan di kalangan khalayak ramai di atas belakangku ,engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku .

*Beringat-ingatlah apabila kita melangkah kaki kita membuat sesuatu ,pastikan kita bertanya diri kita adakah Allah taala redha dengan perbuatan yang kita ingin lakukan atau pun tidak .Perut bumi tidak mengenali sesiapa sama ada ia di kalangan Ulama` , Uamara` ,Hafiz atau Hafizah ,Mualim ,Ustaz ,Ustazah atau sesiapa sahaja .Amalannya yang menyelamatkannya sudah tentu dengan rahmat Allah .Beramal mesti dengan ilmu . Nak dapat ilmu tak dapat tidak mesti dengan guru ,bukan dengan buku-buku semata-mata .Barangsiapa menjadikan buku sebagai panduannya ,tidak menuntut dengan guru ,maka Syaitanlah menjadi gurunya .Berapa ramai sekarang yang tak mahu menuntut ilmu ,hanya ingin melakukan ibadat semata-mata sahaja .Orang-orang yang sebegini ,yang selalu ditipu oleh Iblis dan sekutu-kutunya .Alasannya Allah taala mengetahui niat kita . Sedangkan amalan tanpa ilmu ,amalan itu ditolak dan tidak diterima . Zaman sekarang semakin kurang orang yang ingin menuntut ilmu .Yang dituntut , ilmu juga ya`ni ilmu dunia ,pekerjaan yang menjamin kesenangan hidup kononnya walhal fardhu ain yang asas masih lagi terkapai-kapai .Alhamdulillah Pelajar-pelajar U sudah mula mengambil intesif di pondok-pondok untuk memantapkan fardhu ain mereka ketika cuti semester .Sudah tentu langkah-langkah ini menggembirakan para guru-guru Pondok yang mengajari mereka .Cuma terfikir dalam sanubari guru-guru itu , bagaimana nak menyampaikan hukum-hukum dalam masa dua minggu lebih kurang ,sedangkan mereka (para guru-guru) menuntut bertahun-tahun lamanya . Para guru-guru sudah tentu sentiasa memohon pada Allah ,supaya memberi kefahaman sekaligus dapat beramal bagi penuntut-penuntut ini . Dengan senyuman mengingati detik-detik kemanisan para-para guru ketika bersama mereka ,gelak ketawa mereka , soalan demi soalan cepu emas mereka ,akan menjadi satu memori dalam hidup yang fana` ini . Akhir kata seperti kata Sayidina Umar ; “Tuntulah ilmu sebelum kamu jadi ketua”. Dah jadi pemimpin jangan haraplah sangat dapat menuntut lagi .Mungkin kerana keegoan sebagai pemimpin atau tiada masa . Bagi kata-kata saya pula ; “Tuntutlah ilmu wahai kaum hawa selama belum berumah tangga” . Kalau sudah berumah tangga maklumlah…Akhir kata sebagaimana firman Allah yang berbunyi “Tidak aku jadikan makhluk itu ,melainkan beribadat padaku” . Wallahualam .

~ credit to Al-Fadhil Ustaz Hj Abd Rahim Bin Mohamad Shah (tenaga pengajar Pondok Pasir Tumbuh,Klate)~

~10 golongan perempuan yang masuk neraka~

Tuntutan Islam

1) Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .)

2) Perempuan yang digantung dengan lidah dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” atau ia kata “Hai bang sejak akhir-akhir ni nampak malas je sembahyang tahajud !” Apabila seorang isteri berkata demikian maka pahala tahajud si isteri itu berpindah kepada si suami .) Berbaloi ke ?

3) Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang didalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami .Oleh kerana itu harus bagi si isteri meminta upah dari suami kerana menyusukan anak dari susu badannya .) Tapi kalau boleh tak payahlah ya..

4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau kerumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .)

5) Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya .

6) Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu mandi junub ,haid dan meringan-meringankan sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai .lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie .

7) Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai .Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .

8) Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki . Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah .Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dengan akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah .)

9) Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil . Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia .Dusta dia ,pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat .Sesuai kata Nabi barangsiapa banyak bercakap , maka banyaklah salahnya . Barangsiapa banyak salah , maka banyaklah dosanya .Barangsiapa banyak dosanya , maka nerakalah tempatnya .) Maka beringatlah !

10) Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana ia adalah sangat membangkit akan manusia seperti ia berkata “Buat apa engkau buat ini…..” lagi pula banyak dengki berdengki . (Apabila kita merasa berdengki , maka cepat-cepatlah kita ingat ini semua pemberian Allah )

* Ini semua apa yang diceritakan oleh Nabi kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali sahabatnya lagi menantunya dan suami kepada Fatimah rha yang dimana ia melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj . Wallahualam .Bersungguh-sungguhlah perbaiki diri .


~ credit to Al-Fadhil Ustaz Hj Abd Rahim Bin Mohamad Shah (tenaga pengajar Pondok Pasir Tumbuh,Klate~

17 May 2011

~RINDUNYA PADA MEREKA YANG KU KASIHI
KERANA ALLAH~


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW….

Hari ni terasa ringan sedikit fikiran saya memikirkan bebanan assignment dan test yang semuanya dah hampir selesai. Tinggal seminggu je lagi kuliah sebelum berjuang di medan peperiksaan..huhu. Lepas habis test tengahari tadi, saya balik ke hostel untuk menyiapkan sedikit tutor yang perlu di hantar esok. Masa duk tengah menghadap laptop, tiba2 saya mendapat satu mesej daripada salah seorang bekas anak murid saya…

S**** :Salam. Ckgu… S**** ada kencing manis…
(tersentak saya dibuatnya…huhu)

Saya: wslm. Dah lama ke?

S****: dah sebulan S**** kena kencing manis..tadi S**** check anak mata dalam..pastu amik darah…ckgu sihat x?

Saya: Alhmdlh,ckgu sihat.. S**** kena kurangkan makanan manis2…pastu jangan makan lewat malam…jangan makan nasi selepas kul 7malam…

S****: Ye.. S**** x makan ubat tapi S**** kena suntikan insulin..sakit sangat. Cikgu sibuk ke?

Saya: bolehla…ada kerja sikit yg nak disiapkan..:-)

S****: k la ckgu, S**** nak masuk bilik doktor dah ni…salam.

Ya Allah…aku rindukan mereka…(T_T)

Minggu lepas, S**** baru mesej saya menyatakan bahawa ayahnya telah kembali ke rahmatullah…dan yang paling saya sedih apabila membaca mesejnya~ “kalau S**** tahu ayah dah nak pergi… S**** peluk dia… S**** rindukan dia”~

Subhanallah,kata2nya membuatkan saya tersedar berapa ramaikah dikalangan kita yang masih mempunyai mak ayah dan menghargai mereka?? (T_T) “Ya Allah,Kau kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semenjak kecil lagi..”

Kadang2 selalu juga anak didik saya send sms ke hp, Cuma kekangan masa membuatkan saya tidak dapat bermesej lama dengan mereka. Biasanya mereka menghantar mesej pada waktu malam ketika saya tengah menyiapkan tugasan.

Teringat tahun lepas, seorang anak murid perempuan menghantar sms kepada saya. Dia menyatakan bahawa salah seorang anak murid lelaki saya telah meninggal dunia…terkejut saya kerana pelajar lelaki tu rapat juga dengan saya ketika saya mengajarnya…melalui cerita yang diberitahu kepada saya,dia telah koma selama seminggu kerana pendarahan dalam kepala..(saya tak pasti puncanya)…memang tak dapat digambarkan kesedihan saya ketika itu. Hanya gambar dan pengalaman menjadi kenangan. Semoga diri mu ditempatkan dikalangan mukmin yg beriman…amin Ya Rabb~

Kadang2 saya terfikir kenapa ramai guru merungut mengenai kenakalan anak didik mereka…melalui pengalaman saya, kalau seseorang guru tu ikhlas niatnya dan memang hatinya dari kecil lagi meminati bidang ni, maka tiada masalah dalam mendidik kerana pelajar akan ikut setiap arahan kita jika kita pandai “mengambil hati” mereka. Sabar ialah sifat yang paling penting perlu ditanam dalam diri setiap guru. Selama saya menjadi pendidik (guru ganti selama 2bulan), Alhamdulillah tiada masalah dalam mendidik/mengajar mereka. Jangan mudah marah dengan sikap mereka sebab mereka akan memberontak. Sebaliknya, nasihatilah mereka dengan berhikmah mengikut kesesuaian sifat mereka..(^_^) saya rasa gembira dan sentiasa tidak sabar untuk ke kelas kerana mereka dah jadi seperti kawan saya….sehinggakan tidak sampai sebulan saya mengajar,saya dah terima beberapa buah hadiah daripada anak murid saya…=)

Rindu sangat2 nak jumpa mereka…bilakah masanya akan tiba? Saya tak nak terputus hubungan dengan anak didik saya….saya menyayangi mereka sangat2. Ya Allah,permudahkanlah pertemuan ku dengan mereka….(T_T)

InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan ceritakan dengan lebih detail lagi mengenai anak didik saya…=)

~by cahayabintulsolehah (3.58pagi-khamis,7april2011)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sambungan….

13 April 2011 (10.52pagi) – Saya terima sms drpa S****…

”Cikgu..ayah T**** (salah sorang bekas anak didik saya juga) meninggal dah..pukul 9.20”….

Innalillahhiwainnailaihirajiun…(T_T) “Kullunafsin zaa’iqatul maut” ~ setiap yg bernyawa pasti akan menemui-NYA..kita juga tidak terlepas daripada itu…

Teringat lirik lagu nasyid kesukaan saya….

“Ajal yang datang di muka pintu…tiada siapa yang memberitahu..Tiada siapa pun dapat hindari..tiada siapa yang terkecuali..lemah jemari,nafas terhenti…tidak tergambar sakitnya mati…cukup sekali,tak sanggup ku mengulangi…” (T_T)

“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang…menggigil ketakutan kelam pekat dipandangan..selama ini diceritakan,kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan…” (T_T)

~by cahayabintulsolehah (1.06 pagi-sabtu,16 April 2011)