Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...

~ raBiatuL aL aDawiYyah ~

30 March 2011

SANAH HELWAH


Bismillahirrahmanirrahim~

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW….

Hp yang saya silent kan tiba2 menyala...ada satu mesej diterima pagi tu masa saya baru habis kuliah pertama…tertera nama “ummi”.

~“Selamat hari lahir…semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki~”….

Ya Allah….rasa rindu sangat2 kat mak. Terima kasih mak kerana masih mengingati ulangtahun kelahiran anakmu ini…(T_T)

“Sanah helwah”, “selamat hari lahir”, “happy birthday” ~ itulah ungkapan yang biasanya saya terima dari sahabat2 dan kenalan pada ulangtahun kelahiran saya baru2 ni. Bermula detik 12tengah malam pada 16hb mac 2011, handphone saya mulai berbunyi dengan mesej2 ucapan tadi yang dihantar oleh sahabat2 ke hp saya. Ada juga shbt2 yang wish pukul 3pagi, pukul 5pagi melalui hp saya. Esoknya, memang tak menang tangan juga la duk delete mesej2 yang dah memenuhi inbox hp yang kebanyakannya di post ke wall facebook saya (saya buat link antara fb dgn hp)… saya sempat juga la mengira berapa org yang wish..ni lah hasilnya: hp~lbh kurang 25 org….kat inbox fb~ kalau tak silap ada dlm 5org kut….kat wall fb~ saya hnya mampu kira seramai 137 orang…yang selebihnya,saya tak mampu dah nak mengira sebab terlalu ramai. Apapun, syukran jazilan buat semua yang masih mengingati tarikh kelahiran masihi saya…tak ketinggalan juga ada yang wish masa dalam kuliah..(^_^)

Saya paling terharu dengan “shbt2” saya yang sudi buat kejutan pada 16 mac aritu…kebetulan petang rabu tu,kami memang free tanpa kuliah. Saya plk sorang2 kat bilik sebab semua roomate ada kuliah. Dalam kul 5ptg lbh2, saya dikejutkan dengan kehadiran mereka ke bilik saya. Siap dengan kek lagi..(^_^) apa yang saya terharu ialah mereka sanggup datang dari rumah sewa mereka walaupun time tu hujan lebat juga la…huhu. Malu juga rasanya bila orang sanggup lakukan sesuatu buat kita…dengan hadiahnya lagi..huhu. To Nurulhayah & Nur Atiqah, terima kasih banyak2 kek dan hadiah~ tak lupa juga buat Muslimah,syukran jazilan~

Al-kisahnya roomate saya pula tak ingat tarikh lahir saya,tp mereka buat juga kejutan beberapa hari lepas tu. Kejutan camne?? Hehe. Tengah saya duk khusyuk menaip assignment kat laptop, dia panggil saya dari belakang…dan apa lagi,habisla saya “dimandikan” bedak oleh mereka~ nasib baik bedak,wangi juga…hehe. Buat roomate2 saya,syukran jazilan aidhon atas ucapan dan hadiah tu~

p/s: sanah helwah juga buat adik bongsu saya yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya~

InsyaAllah,nnti jika berkesempatan,saya akan ceritakan kejutan yang tahun lepas…(^_^)


02 March 2011

~SANAH HELWAH BUAT IBUNDA TERCINTA~





Detik masa terus berlalu tanpa menanti siapa dan semakin hari umur kita semakin meningkat bersama peredaran masa....kita semua dilahirkan di dunia melalui seorang yang bernama ibu...begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu...Oleh itu, renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala jasa ibu...(T_T)


~selamat ulangtahun kelahiran buat ibunda tercinta pada 2 Mac~